Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada
sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu
hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad
SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga
buat sekalian
muslimin & orang2 yang beramal soleh…
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah
filem yang
disiarkan di channel HBO. Tajuknya Interstate
60. Pelakon
utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai
yang top2. Salah
satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal
cerita yang
membabitkan
pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu,
Micheal kelihatan
seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di
dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal
sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya
lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah
tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan.
Sampai je ke atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi,
menyumpah
seranah
la dia.
Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat
penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal
(lebih kurang la…)
“Saya harap ini tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki
yang bawa basikal
tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan
mereka kembali ke
satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan
lelaki tadi masih
menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti.
Tiba2 Micheal keluar
dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar
pintunya seperti sebelum
ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2
datang trailer
dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada
di belakang
kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata “Some
people just don’t
know what to wish for” (Sesetengah orang tak tahu apa
yang patut
diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak
menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan
lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang
patut mereka minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi,
Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu
keretanya) tak
berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan
itu, dia pula
yang
maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi
perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita
meminta perkara
yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.
Persoalannya,
tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita
dilahirkan miskin,
kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah
kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik
untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau
hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban
untuk menjadi
manusia
yang sempurna atau sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin
juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang
tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu
supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga
selamat. Kan ?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang
ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih
dengan memberi
sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab?
Bukankah Allah
itu
Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?
Bukankah Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari
kita yang
bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib
baik sepanjang
hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are
what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang
faham dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan
tetapi Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh
miskin. Dari jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian
kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan
selamat di akhirat
kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak
permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang
lapuk. Pening kepala
nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak
kasihan lihat
anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu
saya yang dia tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati
dengan saya
katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan
saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa
untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya
beritahunya ketika
sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya
dan Alhamdulillah,
petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa
ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala
saya. Maha Suci
Allah…
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita,
percayalah itu adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan
nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar
bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is
always greener
on
the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang
ada pada orang
lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat
orang yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu
akan membuat kita
tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita.
Kita sentiasa
mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan
yang lebih banyak.
Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya
ramai yang turut
mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam.
Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai
operator di kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak
itu, tolak ini,
dapatlah RM350. Hm… Cukup? Dah tentu tidak. Ketika
itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena
dia dapat EPF.
Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya
fikir, dapat gaji
RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2
saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat
gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di
petrochemical plant.
Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah… tak
cukup juga. Sebab
masa
tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat
RM2500 cukup la. Tapi
bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.
Kesimpulannya tak cukup
juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang
paling besar!
Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang
offer gaji 2 – 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang
bertanya kenapa saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini.
Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di
syarikat baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah
sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya
semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan
mendatang. Yang
penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal
dan diberkati.
Pesan
Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan
mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2
hari. Ini benar2
terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih
baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia
itu ibarat
bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti
akan mati esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita
kejar akhirat
(matahari), dunia
(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah
maka bermohonlah
kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa
ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000
sebulan, nak bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik,
duit lampin anak,
duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup.
Sering dia mengeluh.
Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian
dia. Selalu dia
cakap
dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak
dapat2 sebab
tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan
padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji
besar lagi,
mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup.
Tapi… Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan
permintaannya. Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai
tengah malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit
masa pagi sebelum
ke
tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT.
Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah
tak larat. Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak?
Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni… Saya
katakan padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi
duit. Tapi dia
hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah
permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan…
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang
saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang
sama. Di sini, bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk
pandai. Saya hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya
sendiri untuk
berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita
dapat? Berapa
kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita
katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada
cukup atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup
atau tidak kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas
solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi
saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat
adalah orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata
orang yang sombong
adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk
bersifat sombong.
Wallahu’alam…
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami
leka. Selama ini
kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami
lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri.
Dan jadikanlah
kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal
‘Alamin…
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup…..
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari
Allah dan yang buruk
adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq
walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah
-Abu Naqibah-
Artikel ini saya jumpa dari sekian banyak email yang saya terima…. agak menarik, ada sedikit sebanyak dengan persamaan dengan kehidupan saya sendiri… semoga ia juga memberi pengajaran kepada kita semua…
LikeLike
bersyukur dengan aper yg dikurniakan.. tu yg sebaik nya
LikeLike
nikmat sebenar kehidupan adalah tahu erti sebuah kesyukuran. bersyukur atas apa jua pemberian Yang Kuasa…dan sentiasalah berbaik sangka pada Dia Yang Maha Pengasih…kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik di antara yg terbaik buat kita semua….wallahu'alam
LikeLike
semoga diriku tidak alpa dengan nikmat yang diberi Allah ini…aamiiin
LikeLike
amin.
semoga segala cukup buat kita semua.
=)
LikeLike