tentang ambo…

TENTANG SAYA (14 Mac 2010)
masa kecik-kecik dulu, saya suka bercerita, entah mengapa tetiba minat itu hilang…
ini hanya sebahagian dari cerita yang ingin saya kongsi…
atau cuba saya kongsi kerna saya menyedari saya semakin berat mulut untuk bercerita…

TENTANG SAYA (9 Mac 2013)
Dulu ada kawan saya tanya kenapa guna nickname ADNIN NAIM? Sebab minat kepada Naim (seorang kawan lelaki) ke?

Erk…? ke situ pulak pikirnya…

Jawab saya : Eh dok lah, bukan sebab diolah… kalu sebab dio, lamo doh aku sendiri gi pinang dia… wak gapo jadi admire letok ko nickname? Rugi masa

Itulah perbualan kami berdua. Walaupun mungkin ada lagi sahabat yang lain tertanya-tanya soalan yang sama, saya masih kekalkan nickname itu kerna niat saya bukan kerna manusia. Saya memang nafikan tapi saya tak terangkan kenapa sebabnya kerna saya fikir biarlah menjadi rahsia sehingga sekarang pun saya belum bercerita malah jika ada yang bertanya lagi saya tidak pernah memberitahu. Pagi ini saya ingin berkongsi, semoga impian saya ini didoakan bersama oleh sahabat-sahabat yang mengenali saya. Saya sudah tidak mahu berdoa berseorangan lagi.

Semasa saya darjah 1, ada guru praktikal Maktab Perguruan Kota Baru (kini dikenali Institut Perguruan Kota Bharu) datang ke kelas kami. Bagi sesi yang pertama kami diminta memperkenalkan nama masing-masing. Seorang demi seorang memperkenalkan diri sehinggalah. “Nama saya Ahmad Firdaus bin (tak ingat)”. Cikgu yang comel tu berkata: “Bagus nama awak, nama syurga! Semoga awak masuk syurga tu nanti”

Adusss bestnya nama syurga, kenapa ma dan ayoh tak namakan nama saya dengan nama syurga? Budak kecik yang tidak tahu apa terasa dilema yang besar. Saya nak nama saya nama Syurga jugak !!!! Mujurlah saya tak balik komplen kat ma dan ayoh sebab tak namakan saya dengan nama syurga.

Bertahun-tahun selepas itu dengan dilema yang hampir mengecewakan diri. Saya bernasib baik menjumpai buku nama-nama baik anak lelaki dan anak perempuan milik ibu saudara. Cari punya cari, saya kecewa lagi kerna tiada nama “ADYANI” dalam senarai nama syurga. Hanya jumpa ADNIN yang paling dekat dengan ejaan jawi. ermmm oklah, guna nama ni, semoga aku masuk Syurga Adnin. Amin

NAIM pula sebenarnya, semasa di kampus, pelbagai cerita buruk tentang peluang kerja yang tiada di negeri kelahiran saya. Sedangkan hati saya ingin sekali balik berbakti di Kelantan. Jadi saya ambil nama Naim dari “Kelantan Darul Naim” untuk digandingkan nickname saya yang pertama untuk menjadi doa saya setiap hari. Alhamdulillah, saya kembali dan berjuang meneruskan kehidupan di sini. Yang paling saya suka adalah Naim juga adalah nama Syurga. Dilema masa kecil telah dapat diselesaikan.

Tapi saya masih suka nama ma dan ayoh berikan kerna ianya membawa maksud yang baik. Semasa tingkatan 1 di MMP, akhirnya saya menjumpai maksud “ADYANI” dalam pengajian Sirah. Alhamdulillah kerna dapat belajar di MMP, sikap memberontak telah membuatkan saya mensabotaj diri sendiri pada ujian kemasukan MMP. Kelakar sungguh Adyani nih… nasib baiklah ma bersungguh-sungguh memastikan saya mendapat yang terbaik.

6 thoughts on “tentang ambo…

  1. Salam alaikum Adyani,

    Waah! Tahniah.. dah jadi blogger WP pula ye… background pun sama dengan I punya… hi.. hi.. sama citarasa :)… Rajin-rajin la bercerita deh… terutama aktiviti UPWKK..

    Semoga sukses selalu…

    Salam sayang.

    Like

    • Terima kasih Ummu Abbas, sudi melawat dan memberi komen kat sini…
      Saya cuba, insyaAllah untuk me”rajin”kan diri menulis di sini.

      Kekadang bila dah “pack” ngan aktiviti UPWKK, jarang nak dapat idea yang baik untuk menulis ni. Takut jadi penulis yang tidak berkualiti pulak nanti… @ jadi ayat buat kertas kerja plak

      Like

  2. Assalamualaikum adninaim..mabruk2.Alhamdulillah krn berpeluang unt menulis blog.sikit2 xpe.xkisah.ape yang penting, iAllah mudah2an cara ni dpt menjadi teman yg baik unt berkongsi ape yg nk dikongsikan…sekurang2nya dpt jg lari dr piki pasal kijo2 rasmi tu buat sementara…ummu amjad pun nk nulih jgk tp xpanda.xpo..koho2 blaja.tgk guano hok adninaim….

    Like

    • Ummu Amjad… macamana boleh terjumpa blog ambo ni?

      Sebenarnya malu jugak nak menulis, sebab bukannya pandai sangat ni, cuma sekadar berkongsi cerita…

      Bila pula Ummu Amjad nak buka blog?
      Jangan lupa maklumkan pada ambo nanti…

      Like

Leave a comment