Kursus Bencana Alam

1507899_376121025897387_6545726448236784770_nAlhamdulillah selesai mengikuti program Kursus Bencana Alam anjuran Majlis Sukarelawan Rakyat Kelantan dengan kerjasama UPWK dan JPAM.

Sepanjang terlibat sebagai sukarelawan di merata-rata tempat, inilah kali pertama ambo menghadiri kursus secara formal untuk banjir. Teori dan praktikal. Banyak perkara yang diajar menambah ingatan semasa bertugas membantu sukarelawan PBSM ketika banjir akhir 2007 di SK Bunohan. Tanpa kemahiran, hanya ada semangat membantu sahaja yang membara. Walaupun agak terlewat tapi kursus ini sangat membantu ambo menambah pengetahuan dan pengalaman.

Di dalam program tersebut, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan :
Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB)
Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)
Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP)

Semasa sesi penerangan, ambo memilih untuk berada di PKOB atau PPP memandangkan kemahiran yang sesuai dengan ambo buat masa sekarang. Untuk masa akan datang, bergantung kepada “kerajinan” untuk belajar dan praktik. Lagipun untuk berada di PKTK bukan sebarangan orang boleh terpilih berada di situ, kerna tempat PKTK berada adalah istiharkan sebagai ZON KUNING. Adalah lebih baik ambo berada di ZON HIJAU. Akhirnya terpilih berada di PPP. Secara asasnya, penubuhan PPP adalah lebih kurang sama dengan amalan pengurusan program dengan beberapa perbezaan.

Untuk AJK MeSRA dan JPAM  tahniah d atas komitmen untuk menjayakan program ini. Diharap akan ada lagi kursus ini pada masa akan datang.

Untuk adik kakok abe yang terlibat, teruskan perjuangan kalian dalam usaha menjadi ahli sukarelawan yang berdedikasi, mudah-mudahan usaha kecil kita ini di pandang besar disisi Allah…dan Allah jualah sebaik-baik pemberi ganjaran. Betulkn niat.. .ikhlas kerana Allah.

Gambar-gambar yang sempat ambo snap, ambo upload di SINI

Hari ini juga berlangsung Hari Terbuka PPWK Chempaka sempena tahun ke-10 penubuhan PPWK, ambo tok gi. Antara 2 program ini, ambo memilih untuk ke kursus. Terima kasih Kak Ilvira kerna menjadi wakil pejabat secara tidak langsung ke program ini. Senantiasa berharap agar di masa akan datang tiada lagi pertembungan begini supaya boleh pergi kedua-dua program.

Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya adik ambo, Adyana yang sekarang dah ghuyub keletihan di kamar.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan dan kesungguhan kalian dalam menjayakan program ini.

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s