HENTAMAN KERAS DARI TOK GURU NIK AZIZ PAGI INI KE ATAS “PENSYARAH UNIVERSITI” YANG PERTIKAI HUDUD

Sebagaimana sehari dua ini timbul masalah hudud, ada setengah pensyarah bertaraf universiti, dia kata hudud ni gagal, kerana negeri-negeri hak sudah buat hudud tu gagal semua. Ni pensyarah macam ni, para hadirin semua, pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dok, nak ‘mapuh Islam. Dia ‘mikir cara orang, tidak ‘mikir cara Allah dok. Para hadirin semua, kalau hudud ni gagal, sembahyang ni kerana apa kita sembahyang? Sembahyang ni boleh menyekat manusia dari buat benda keji. Lani orang sembahyang, benda keji berjalan jugak. Sembahyang sembahyang, berjudi berjudi. Ertinya sembahyang ni gagal. Bila sembahyang ni gagal kerana benda keji, judi, dadah, rasuah berlaku jugak, tak usah duk sembahyang banglah. Tebeng sembahyang pun ada jugak benda munkar. Bodoh pensyarah macam ni, bodoh.

Tempat kita ni ramai dah rakyat Malaysia mati digantung, mati hukuman gantung, kes dadahlah, kes senjata apilah, tapi dadah duk ada jugak, buat lari senjata api pun ada jugak. Gantung buat begapo dia, gagallah maknanya. Tak usah duk gantung gantunglah, tebeng gantung pun dadah ada lagi jugak, senjata api pun ada lagi jugak. Pensyarah macam ni ni tak patut ambik.

Pensyarah macam ni ni macam mamak hak duk jual rempahlah. Kita gi kedai rempah, “mamak, lengkuas ada?”, “ada”, “bunga cengkih ada?”, “ada,” garam ada, asam ada, serba jenis rempah ada belaka di kedai dia. Tapi kalau suruh dia masak, “saya tak boleh”. Kalau suruh dia masak nasi dia tak reti. Tapi rempah dia boleh jual, apa saja rempah hak kita mintak dia boleh jual belaka. Tapi kalau suruh dia masak sendiri, singgang ikan beluru, “tak boleh.” Pensyarah macam ni belah tu lah, bersyarah agama dia boleh, tapi kalau suruh dia buat sendiri dia tak buat.

Medan Ilmu, Kelantan
9hb Mei 2014
Hari Jumaat
930 pagi

Sent by WhatsApp

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s