Aurat, Syurga dan Neraka

Assalamualaikum wrt wbt

Saya kira sudah ramai yang membaca kisah yang dikatakan benar berlaku di Iskandariah, Mesir. Kenapa saya katakan benar? Sebab saya tidak menyaksikannya sendiri tetapi banyak dikisahkan di alam maya. Saya hanya mengunakan keyword “gadis menempah bilik di neraka” dan copy paste ke sini.

Hanya dengan copy paste kita dapat menyalin pelbagai cerita, jadi saya tidak mahu percaya mudah-mudah tambahan pula Mesir sebuah negeri yang jauh. Masakan boleh berlaku di negeri yang digelar Ardhul Kinanah dan di sana terdapat ribuan ilmuan, ulama dan penuntut di universiti tertua dunia, Universiti Azhar. Inilah cerita yang tersebar di alam maya…

Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Sumber: Kisah Benar : Gadis Cantik Mati Dalam Keadaan Hina | Fuh.My

Pertama kali membacanya saya tidak merasakan apa-apa kerna saya tahu saya tidak perlu merasakan takut sebab saya tak mungkin akan berpakaian sebagaimana gadis dalam cerita di atas. Dan saya rasa perkara ini tidak mungkin akan berlaku di Malaysia…

Namun perasaan saya mula berubah apabila membaca artikel :

Andai Kemban Membawaku ke Neraka, Aku redha – Erma Fatima
Raja Azmi Tak Setuju Wanita Tak Bertudung Dihukum Masuk Ke Neraka

Allahu Akbar…
Perkara yang disangka mustahil telah berlaku di Malaysia…
Mudahnya perempuan dihumban ke Neraka kerana Aurat, malah ada yang meredhainya demi perjuangan yang diyakininya…

Sebagai manusia yang lemah dan sering melakukan dosa, adalah lebih baik memohon doa “Ya Allah, masukkan aku ke Adnin, ameen” dari memohon yang bukan-bukan !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s