Akhirnya dapat berCUTI !

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bercuti untuk kali pertama dalam tahun 2014…. Percubaan yang sudah berkali-kali akhirnya membuahkan hasil… susah jugak nak bercuti bagi orang yang giler kerja…
Kesian kat bos, banyak kali approve cuti, tapi aku jugak yang batalkan cuti last minute
Itupun aku masih berkira-kira untuk bercuti atau tidak pada hari Ahad nišŸ™‚

Tapi kedua-dua hari cuti ni, tetap juga ke pejabatšŸ˜€

Hari pertama : Sebab nak ambil anak kunci NP / Majlis perpisahan Aziz
Sebab yang mula-mula menyebabkan terjadinya sebab yang kedua. Rasanya bos plan last minute untuk meraikan Aziz yang tamat bertugas sebagai sukarelawan di pejabat. Kiranya sempat jugaklah berada dalam majlis.

Untuk Aziz :
Tahniah kerna telah mendapat tempat berkhidmat yang baru, semoga ilmu dan budaya baik yang dipelajari di sini akan digunakan untuk fasa hidup yang seterusnya… Hok buruk tu, tohok dalam longkang UPWK !

Selepas ini, aras 1 UPWK akan kembali bebas tanpa kaum Adam. YES !

Hari kedua : Mengajar kelas Microsoft Word
Setelah bertahun lamanya berhenti kerja dari SmartMind, inilah kalinya yang pertama aku mengajar balik Microsoft Word. Cuma kali ini mengajar untuk staff bukan budak lepasan SPM. Banyak cabaranlah sikit untuk mengajar pelajar yang termasuk dalam katogeri excellent.Ā Syukur alhamdulillah masih ada lagi nota dan latihan yang boleh digunakan walaupun beza Word 2003 dan Word 2010 amat jauuuuuuuuuuh sekali. Masa mengajar tadi barulah tersedar yang aku ini memang minat mengajar tapiiii untuk kelas komputer sahaja… so sesiapa yang nak ambik aku mengajar komputer, boleh kontek dan kita deal harga kelas… hehe

Terima kasih kepada Kak Ina yang mendorongku untuk mengajar kelas komputer. Banyak perkara yang dipelajari semasa mengendalikan kelas di SmartMind dulu. Terima kasih ayoh sebab membeli komputer untuk kami adik beradik belajar dan laptop sorang satu. 2 hari menangis bila laptop yang ayoh beli hilang semasaĀ brainstormingĀ pejabat pada tahun 2008šŸ˜¦

Laptop lama, telah disedekahkan kat "orang" lain

Laptop lama, telah disedekahkan kat “orang” lain ~gambar terakhir bersama laptop ni… yang ori tak tahu dah kat mana letaknya…

Sehabis kelas…
Tetiba nak makan Yong Tau Fu depan Mama Catering, kupujuk Muna dan Zarina untuk pergi makan ke sana dengan berjalan kaki. Tapi sebaik sahaja sampai kat sana, lain pulak ku order… tak pelah asalkan puas hati dan perut kenyang. Suka makan kat sana kerna berkonsepkan macamĀ food court tetapi terbuka.

Selepas tu, kami singgah kedai Aquarium KB, bersebelahan untuk beli ikan hiasan untuk tambahan koleksi ikan di NP. 3 beradik lelaki setia melayan karenah kami bertiga bertanya itu ini tentang ikan sebelum bersetuju untuk membeli 11 ekor ikan Guppy.. hihi

Rupanya baru tahu, ikan MPKB ni makan jugak ikan lain, ingatkan makan lumut atau kotoran sahaja. Patula ikan dalam kolam pejabat dah semakin berkurangan. Aiii rasa bersalah la pulak… Hari Ahad ni, aku rancang nak pergi tangkap dan keluarkan ikan MPKB dari kolam, doakan aku berjaya… ameen

ps : Sehingga malam tadi, 3 ekor ikan Guppy yang dibeli mati terkejut… tak tahu kenapa, silap kami tak tanya lanjut tentang penjagaan ikan Guppy… ingatkan serupa macam ikan pikokšŸ˜¦

 

 

This slideshow requires JavaScript.

 

 

2 thoughts on “Akhirnya dapat berCUTI !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s