Anjung Seri sentiasa dihati…

Assalamualaikum wrt wbt…😀

Anjung Seri April 2014

Anjung Seri April 2014

Di Kutan Tengah era 90an
Pertama kali ambo membaca Anjung Seri adalah apabila berkunjung ke rumah mak sedara di Kutan Tengah (rumah lama). Tujuan pemergian adalah menemani arwah Che Su atau mok (nenek) yang menjaga sepupu-sepupu yang kecik ciut miut lagi masa tu… Well, boleh dikatakan pengasuh juga masa tuh… tapi tak terlatih.

Teman orang jaga budak-budak memang mengundang kebosanan yang amat sangat…. giler punyer bosan… separuh buku Salina karangan A.Samad Said cuba dibaca dengan bersusah payah disebabkan tak banyak koleksi novel di rumah Che Roh dan Ayoh We… oho… memang stress merenung kalendar mengira hari akhir tarikh bertugas :( 

masa tu mana ada hp atau iphone, tab, facebook dan sewaktu dengannya… jika tak…

Padahal bukan ada kerja berat pun, malah sepupu-sepupu ambo ni antara yang paling jjurus yang pernah ambo jago… haha… cuma ada sorang tu banyak soalan sampai terpaksa guna ayat “kelentong” untuk menjawab…

Setiap kali tamatnya “bertugas”, doa yang sentiasa disemat di dalam hati adalah “Ya Allah, tok sey doooohhhh teme oghe jjjagoo budok” tapi bila dapat upah… datang lagi… hehe

Apabila situasi ini sering berulang (walaupun selalu kadang-kadang pergi bertugas dengan separuh hati) menyebabkan ambo ambil keputusan baca apa sahaja bahan bacaan yang ada di rumah tu untuk menghilangkan bosan… termasuklah Anjung Seri … baca dari kulit ke kulit… semakin dibaca semakin terpesona… hati mula berangan-angan nak memiliki rumah seperti dalam Anjung Seri… Best kan jika ada rumah yang hiasanya seperti dalam Anjung Seri (AS)… Akhirnya AS menjadi tarikan utama untuk ke Kutan Tengah sehinggalah karier ambo sebagai peneman berakhir seiring peningkatan umur sepupu-sepupu… sedih kan… sejak itu, ambo tak pernah lagi dapat menatap AS.. Zaman persekolahan dulu… antara membeli AS dengan buku akademik, tentulah buku akademik yang menjadi pilihan…

Setelah lebih 1 dekad kemudian…
Sebaik sahaja menandatangani Perjanjian jual beli rumah pada 22 Disember 2011. Perkara pertama yang muncul dalam fikiran adalah untuk mencari Anjung Seri. Kononnya masa tu nak duduk sendiri ATAU nak buat homestay. Tanpa buang masa ambo melanggan AS setiap bulan… sekarang sudah masuk tahun kedua langganan… Masih belek dari kulit ke kulit… Pelbagai idea hendak dicuba… hanya tinggal sekadar nak mencuba disebabkan kesibukan melampau😦

Dulu… ada impian, rumah tak ada
Sekarang… impian ada, rumah pun sudah ada…. tiada masa pulak😦

Akhirnya selepas beberapa siri perbincangan dengan family, akhirnya bagi sewa kat orang…. terasa macam sedikit kecewa tetapi itu lebih baik dibiarkan kosong sahaja kan…?

Rumah di Syurga
Kadang-kadang ambo cuba membayangkan semua impian seorang wanita untuk sebuah rumah akan tersedia di sana nanti…  Kagum melihat hiasan dan rekaletak bangunan kediaman yang terdapat di AS membuatkan ambo terpikir macamana agaknya rekaletak dan hiasan yang ada di sana.

Kadang-kadang datang fikiran… aku akan dapat ke tak rumah di sana?
Mampukah amalah yang sedia ada ini mampu menampung loan pembelian rumah di sana?

“Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga.” (at-Tahrim:11)

Doa ini merupakan doa Permaisuri Asiah, isteri Firaun. Semoga doa ini dimakbulkan untukku…ameen

Ini link 10 amalan untuk membina istana di Syurga untuk dijadikan panduan kepada semua.

Anjung Seri tetap dihati kerna keseronokan di dalamnya membuatkan aku terfikir tentang hiasan di sana… AllahuAkbar…

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s