Cerita penunggu HRPZII

Assalamualaikum wrt wbt

WordPress berona
Sebenarnya ambo post pada 31 Januari yang lepas via hp tetapi semalam baru perasan masuk kat “Draft”… klik punyer klik termasuk uninstall wordpress di hp akhirnya dapat juga publish😀

Tapi nasib baiklah gambar nasi ni tak basi kan?
Jika tak, susah jugak nak bercerita…

Alkisah, nenek masuk hospital disebabkan komplikasi penyakit turun temurun. Kami semua (ma, adik perempuan, mak saudara dan sepupu-sepupu perempuan) membuat shift menunggu. Alhamdulillah berkesempatan 2 kali menjaga walaupun tak sebanyak orang lain. Kadang-kadang datang fikiran jika ma atau ayoh sakit macamani, macamana nak buat jika bertembung dengan urusan kerja-kerja pejabat yang tak habis-habis… Semoga dipermudahkan Allah jika nanti ujian ini datang. Amin

image

Shift 1 ~ Katil 36 Wad Puteri
Sebenarnya ambo sengaja ambik gambar ni sebab boring menunggu nenek sedar dari tidurnya. Tak sampai hati nak kejutkan dia untuk makan. Bila sedar, sempat suapkan 2 sudu, kemudian dia terlena pulak… isk camno nih? Mujur juga nenek nak minum air susu bila sedar😀

image

Shift 2 ~ Katil 6A Wad 9
Shift kali kedua agak mencabar sedikit, terasa macam nak tidur je atas katil sekali ngan nenek kerna setiap kali dia sedar mesti dipanggil habis semua nama anak cucu sebab dia tak nampak ambo tidur atas lantai hospital… adusla…

Setiap kali terbangun, mesti tengok jam sebab nak tahu sempat tidur berapa lama, kadang-kadang 2 minit, 5 minit, 10 minit 15 minit terjaga…

Macam-macam taktik terpaksa dibuat untuk menenangkan nenek dan mempastikan ambo boleh tidur (esok program maa, takut pengsan masa sesi pembentangan/soal jawab) .

Akhirnya ambo pasang alQuran via hp dan cakap :
“mok (panggilan untuk nenek), boleh ko along nok tidur?”

dia diam seketika… dalam hati ni risau pulak jika dia jawab “tok sohlah la tido”

ambo ulang soalan lagi…

“mok , boleh ko along nok tidur?”

akhirnya dia jawab “tidurlaaa”

YAHOOO…. alhamdulillah…

“kalu mok sedar, mok dengar alQuran deh… along letak kat tepi mok… mok dengar ko dop, oghe ngaji nih..”

“dengarrrr” jawab mok…

Alhamdulillah… akhirnya sampai ke Subuh ambo bulis tidur lena…

This slideshow requires JavaScript.

ps :
Ma call sakni, “mok kelik doh ke Baung :D”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s