Dirompak pagi 29 Mei 2013

Zohor
Kami menangis terisak-isak berpelukan selepas menunaikan solat. Bermaafan dan bersyukur kerna kami terselamat. Tangan ini masih terketar-ketar ketika entri ini ditulis. Ya, saya masih lagi dihambat dengan rasa tidak selamat dan terkilan dengan pengurusan keselamatan negara ini.

Subuh pagi tadi….
“Kak… kak…. kak Yani…”
terdengar suara Nik Fillah melaung dari tingkat bawah. Aku terus bingkas bangun dalam cahaya terang benderang…. mamai sekejap

“Kak… rumah kita dimasuki orangggggggg…”
Pantas aku meluru ketangga, dapur  dan tertengok pintu dapur serta grill pintu telah terbuka…

Ya Allah… tak tergambar betapa terkejut aku… serasa muka ditoreh tak berdarah…
entah kenapa, aku kaut semua sisa rompakan yang bertaburan di laman dapur ke dadaku sambil menangis kuat…

Kak, kak jangan kak… nanti  polis nak *cek
Aku lepaskan, kemudian barulah aku teringat yang aku tidak menutup aurat sempurna.

“Kita call polis, call Kak Jib…” saran Nik Fillah
aku naik ke tingkat atas mencari handphone… Alhamdulillah ada, tak diambil
Ada satu nombor yang perlu aku call, Izzah Hayati. Aku tahu aku perlu buat panggilan ini. Aku yakin amanah yang ditinggalkan kepadaku telah dirampas pagi ini !!! Airmata berguguran sambil kuceritakan apa yang terjadi pagi ini.

Sementara menunggu polis datang, aku mencari kunci rumah. Alhamdulillah masih ada… Bimbang jika diambil semua sekali akan mengakibatkan kami yang baru sahaja menukar mangga rumah terpaksa menukar semua sekali kunci di rumah ini !

n.u.r.a.d.y.a.n.i@yahoo.com
“Bagi nama…”
“Nur Adyani…” aku melihat polis menulis namaku… silap lagi…
Lantas aku ejakan nama “n.u.r… jarak…a.d.y.a.n.i…@yahoo.com”
Abang polis melihat aku, Nik Fillah pun memandang aku
“eh…”
Berderai ketawaku sambil menangis…

Kami kan mangsa ?
Nik Filah telah WhatApps gambar kejadian kepada semua sahabat-sahabat kami dan staff pejabat. Orang pertama yang sampai adalah Kak Jib dan Kak Amy. Kak Amy yang membawa kami berdua membuat laporan di pejabat polis.

Kak Taz sampai apabila kami keluar rumah untuk ke balai polis. Menangis lagi di bahu Kak Taz. Murah benar air mata pagi ini.

Sampai di balai, Nik Fillah membuat laporan kerna kad pengenalan aku tidak dijumpai. Sementara aku terpaksa menghubungi bank untuk menyekat akses kerna semua kad atm tidak ditemui. Sedih sekali. Di kaunter, sebelah kami pun mangsa rompakan dan tinggal di Jalan Telipot juga !

Pegawai bertugas minta kami ke tingkat atas untuk mengesahkan laporan dengan pegawai dan bayar RM4.00.

Bayar RM4.00?”  Aku  mengulangi ayat itu kepada Nik Fillah
Kita mangsa rompakan pun kena bayar RM4.00?
Apakah kebajikan dalam negara ini…? perompak sudah kaya raya dengan semua nilai RM yang kami miliki sebelum ini… kami yang jatuh miskin tiba-tiba hari ini kena bayar untuk 1 laporan polis !
Namun terpaksa juga kami bayar dengan meminjam duit Kak Amy.

This slideshow requires JavaScript.

Ramah mesra di pejabat
Agenda ini terpaksa kami berdua lupakan. Ambil EL. Nik Fillah menunggu polis di rumah. Aku dengan bantuan Syie ke bank dan Jabatan Pendaftaran untuk membuat laporan dan juga mengantikan kad baru. Aku hubungi ayah untuk memaklumkan kejadian pagi tadi, dan memaklumkan satay untuk majlis pagi ini akan diambil oleh Nurul nanti. Ma aku tak call bimbang nanti dia mengelabah lebih dari aku.

Sampai di Jabatan Pendaftaran barulah aku sedar jubah dan tudung yang dipakai hari ini tidak bergosok. Terfikir untuk datang hari lain tapi jadual kerja yang telah diatur tak mungkin boleh diganggu semudah itu.

Alhamdulillah, tidak didenda RM210.00 kerna aku adalah mangsa jenayah malah petugas mesin photostat pun tidak mengambil 20 sen charge untuk photostat laporan polis. Dengan mengunakan teknik senyum yang diajar oleh Amin Idris, alhamdulillah gambar kad pengenalan “senyum” dengan baik, lebih baik semasa buat  kad pengenalan di Sri Serdang selepas dompet dicilok.

Petangnya pula sambung lagi dengan urusan-urusan ke bank kerna terpaksa mengambil barisan panjang untuk menyelesaikan di setiap bank yang kami pergi. Alangkah bagusnya jika ada akses khas kepada mangsa rompakan sebagaimana warga emas dan oku kerna kami terpaksa mengulangi semua urusan di semua agensi-agensi berkaitan dengan SEGERA !

Malamnya aku dan Nik Fillah ke rumah Kak Ilvira, terauma masih ada. Kecut rasanya memikirkan bagaimana tergamaknya ada yang merampas hak orang lain !

Glosari
*cek = periksa

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s