Belasungkawa Datin Fahimah Mahmood

Selepas waktu pejabat semalam, saya menerima tetamu yang saya kasihi, Nik (bekas anak buah di UPWBS dan UPWKK) dan sekarang ni sebagai penyewa di rumah saya Kok Lanas. Lama sungguh tak berborak-borak panjang. Selalu berjumpa tapi hanya untuk urusan kerja sahaja.

Bercerita itu dan ini termasuklah topik “pelapis” yang mengantikan jika naik “pangkat”. Kata saya….

“Jika kita naik pangkat… mestilah ada penganti yang mengantikan tempat kita yang dulu. Jadi dari sekarang nilah kita kena latih supaya ada orang yang mengantikan tempat kita.. tak perlu rasa takut dan dengki”

“Tu kalu naik pangkat, kalu kita MATI, lagilah bermasalah kalu kita tak dop pelapis sebab nak Hello tak boleh doh…” Berderai kami ketawa kerna bila Nik berhenti kerja untuk sambung belajar, staff yang baru terpaksa merujuk kepada dia untuk beberapa urusan penting di pejabat walaupun ketika tu dia sedang berlari ke dewan kuliah !

Malamnya, bila nak tidur, dapat sms :
isteri YB Fatah Mahmood kembali kerahmatullah 10.35 tadi kerana advanced Lung Cancer. Alfatihah..semoga yb tabah dgn ujian di saat genting ini

terus mata celik sampai ke saat ini. Ya Allah saya tak tahu nak gambarkan perasaan keluarga beliau sekarang ini. Semoga diberi ketabahan dan kekuatan di musim PRU13 ini.

Saya tidak begitu akrab dengan arwah tetapi keramahan beliau membuatkan airmata menitis pada malam ini. Seorang Datin yang selalu membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Mah.

Allahyarham Datin Fahimah dalam kenangan

Sumber :FB Datin Fahimah Mahmood

Bacaan lanjut : Irfan B. Masiri

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s