Lahad Datu, Wanita Kelantan Got Talent 2 dll

WKGT2

Mata saya belum terlelap lagi memikirkan tentang pelbagai perkara berkecamuk dalam kepala ketika ini. Lahad Datu, Tarikh PRU13, PTPTN yang belum habis2 nak bayar lagi, Nak pergi Haji seawal mungkin, temujanji doktor,  kerja pejabat yang bertimbun, bla… bla… dan terkini adalah Wanita Kelantan Got Talent 2.

 

LAHAD DATU

Saya mendoakan semoga isu keselamatan ini diselesaikan secepat mungkin. Semasa Gaza diserang kembali pada tahun 2008, saya dan sahabat-sahabat telah menubuhkan satu Sekretariat Misi Cakna Palestin. Pemikiran saya pada masa itu, saya hanya ingin membantu semampu yang mungkin walaupun Gaza tidak pernah saya jejaki. Terbayang di dalam kepala, negeri yang saya cintai ini bersempadan dengan Thailand, menghadap Laut China Selatan yang begitu luas… bukankah Jepun yang jauh beribu batu telah mendarat naik ke Tanah Malaya melalui Tanah Serendah Sekebun Bunga?

Apabila Muslim Sulu cuba melakukan pencerobohan di Sabah (yang baru sekali saya jejaki) hati saya bimbang… sungguh bimbang sehingga saya takut untuk menulis apa-apa tentangnya kerna terlalu banyak cerita yang saya sendiri tak tahu yang manakah yang paling BENAR.

Apapun yang berlaku di hujung negeri sebelah sana, kehidupan perlu diteruskan. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga anggota polis yang telah gugur kerna mempertahankan tanah air. Semoga Allah mengurniakan pahala SYAHID. Amin

 

WANITA KELANTAN GOT TALENT 2

Ok, bercakap tentang program ini. Program ini sudah dirancang berbulan-bulan lamanya sempena Hari Wanita Sedunia dengan disasarkan kepada Wanita Kelantan yang berminat menonjolkan bakat dalam bidang tarian, sketsa, nyanyian dan alat muzik. Pelbagai persiapan teknikal telah dibuat termasuk mengadakan latihan lanjutan untuk Tim Pro PA System Wanita kerna program ini adalah program PATUH SYARIAT. Ini bermakna tiada LELAKI samada sebagai PENONTON mahupun staff yang bertugas.

Pelbagai halangan yang terpaksa dihadapi termasuk menerima panggilan yang memaki dan memarahi staff kerna penganjuran program ini. Teringat pula Wanita Kelantan Got Talent yang diadakan tahun lepas, ada hamba Allah menurunkan semua sepanduk kami kerna ada gambar penyanyi Black Mentor padahal beliau diatur untuk mengadakan persembahan yang terakhir selepas habis persembahan artis wanita. Ntahlah, tak pernah dengar pulak larangan LELAKI mengadakan persembahan untuk penonton WANITA. Akhirnya, selepas berbincang panjang dengan pihak pengurusan Black Mentor, kami terpaksa membatalkan persembahan beliau.

Saya ingin menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai pelbagai soalan tentang penganjuran ini hendaklah bertanyakan kepada pihak penganjur terlebih dahulu. Semestinya penganjuran ini adalah pemikiran di luar kotak kerna pastinya anda terkejut betapa ramainya Wanita Kelantan yang bertudung, berjubah dan bertudung labuh mempunyai bakat yang terpendam walaupun ada yang belum lagi mampu menutup aurat dengan sempurna.

Saya bersangka baik kerna mereka itu jika LELAKI sememangnya tidak tahu bagaimana kami menguruskan program tersebut. Jika WANITA, ini bermakna mereka belum pernah hadir ke program-program TERTUTUP WANITA anjuran kami.

Doakan saya, kerna saya bimbang tidak mampu untuk menjalankan tugas dalam 2, 3 jam lagi dengan baik kerna kesihatan yang agak merosot beberapa hari ini. Dan juga kerna saya terlalu banyak berehat siang tadi membuatkan malam ini saya menjadi BURUNG HANTU😀

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s