Memaafkan sesama insan

Assalamualaikum wrt wbt

Saya hanya insan biasa yang hanya mempunyai 2 kaki, 2 tangan, 2 telinga, 2 lubang hidung tapi 1 mulut…

Hari ni kena marah oleh seorang hamba Allah yang mengatakan diri beliau juga sibuk seperti saya. Tak terkata saya dibuatnya, saya bukan seorang YB, saya hanya menjaga 46 campur 1 projek di negeri yang berkah ini. Mulut saya tak sempat nak menyelesaikan semua isu yang perlu dijelaskan dengan anggota MULUT. Maafkan saya jika tak sempat nak angkat telefon.

Entahlah…. hari ni hanya berjaya menyelesaikan 10 daripada 50 kerja sahaja… tu pun sebab HATI dah tereksiden ngan kes macam ni…

Namun HATI kembali sejuk, MULUT berhenti mengomel sendirian selepas ternampak status ni ni FB

313856_570569572966861_453156286_n

TGNA: “Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan”.

Ujarnya lagi: “Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka”, itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

~Hebahan rasmi eksklusif di I Love Kelantan~

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s