Kumpul barangan terpakai

Assalamualaikum wrt wbt

Baru-baru ini ambo berkesempatan untuk mengemas barang-barang lama yang sekian lama tersimpan dalam almari. Hajatnya jika baju, beg atau apa sahaja yang masih baik tapi sudah tak digunakan atau jarang digunakan nak didermakan kepaa sesiapa yang lebih memerlukan. Rasa berdosa sekali kerna banyak jugak barang-barang dalam simpanan yang masih bagus tapi sudah tidak digunakan apatah lagi adik-beradik saya sendiri semuanya juga sudah punya kegemaran masing-masing.

Dalam sibuk memeriksa beg-beg yang pernah saya beli, setengahnya hadiah atau dapat melalui program atau kursus yang pernah hadiri, terjumpa flyer belajar komputer.

image

Ketawa sesorang bila teringat balik masa mula-mula habis belajar dulu. Maam-macam cara ambo buat untuk dapatkan duit. Sanggup buat apa sahaja asalkan jangan jadi “GURU” dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atau Yayasan Islam Kelantan. Tapi flyer ini tidak sempat ambo edar di serata tempat kerna masa selalu tidak mengizinkan, kalau tidak silap, masa ini ambo kijo dengan Kak Ina dan sering sibuk dengan program MSK.

Ok, balik semula kepada tajuk.
Idea asalnya ambo nak bagi kepada satu kelab kebajikan yang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi selepas perbincangan dengan Kak Nikmah, kami bersetuju supaya projek ini dikendalikan oleh Nisa’ Kelantan melalui program Nisa’ Small Kindness. Setakat ini belum banyak lagi baju yang terkumpul disebabkan kesibukkan kami berdua dengan pelbagai aktiviti lain.

Walaubagaimanapun, kami masih meneruskan usaha berdikit-dikit ini kerna KEJAYAAN tidak akan datang bergolek tanpa USAHA BERTERUSAN.

Jika ada dikalangan sahabat-sahabat yang mempunyai baju masih bagus untuk didermakan, bolehlah menghubungi  ambo di talian 0132452907 atau Kak Nikmah 0109000765. Kalu tok akat hp tuh, tanda ado kijoan, tra SMS lah pulok deh.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s