Sudan 1432H


2011-11-04 16.09.05

TERCABAR
Hampir 2 tahun yang lepas, Adyana memberitahu saya “Long, mung ni kae, round Asia Tenggara jah” Aku tersenyap seketika sambil dalam hati mengiyakan kata-kata Adyana (sebenarnya kami berYM kerana dia masih di Mesir ketika itu).

Sejak daripada hari tu, aku jadi teruja bila melihat pakej-pakej penerbangan ke luar Asean. Masa tu hanya boleh bermimpi sahaja, kata orang hati mahu tapi poket tak mengizinkan. Padahal ada lagi negara Asean yang belum saya pergi seperti Brunei, Filipina, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Singapura. Aku hanya berdoa dengan tanpa rasa MALU untuk pergi luar Asean tanpa mengeluarkan belanja sendiri… hakhak… meme udoh perangai tapi masyaAllah, Allah makbulkan pada suatu malam dalam perjalanan rombongan Nisa’ Kelantan ke Pulau Pinang. Tiba-tiba Kak Ilvira buat tawaran terbuka dalam bas untuk sesiapa menjadi wakil Nisa’ Kelantan ke Sudan untuk misi qurban terkini. Katanya sorang sahaja wakil. Tanpa berfikir panjang, aku terus menyatakan persetujuan. Malam tu jugak aku kena sms maklumat peribadi ke Yayasan AMAL termasuk menyusahkan ma mencari passport aku sebab aku tak ingat no passport.

Alhamdulillah, jauh berjalan luas pengalaman. Gambar-gambar akan saya upload dalam masa terdekat, InsyaAllah

This slideshow requires JavaScript.

TAPI TAKUT LA PULAK…
Ayah memang selalu hantar di pintu bangunan airport sahaja kemudian pepandailah anak dia naik kapal terbang😀 walaupun sebenarnya saya takut nak pergi seorang diri (sebagai wakil Nisa’ Kelantan) tapi saya kuatkan semangat untuk mengikuti rombongan misi Qurban kali ini. Terima kasih Kak Amy, Kak Jib, Fizah dan Kak Ilvira… saya sebenarnya kecut perut dah nak pergi, berjalan macam tak terpijak di bumi tapi kehadiran kalian menguatkan semangat. Belum pernah lagi wakil Nisa’ Kelantan pergi berseorangan tapi kali ini disebabkan kos yang agak tinggi maka hanya seorang wakil sahaja yang dihantar.

PERJALANAN BERMULA
Dari KB, saya, Che Hamid dan arwah che Tarmizi naik MAS dan bertemu dengan ahli rombongan yang lain di KLIA. Dari sana, kami naik Royal Jordanian. Alhamdulillah pertama kali naik RJ memang pengalaman yang sangat-sangat menyeronokan. Layanan memang 1st class dan terbaik walaupun duduk di seat economy… Maklumlah ni pertama kali saya bermusafir paling jauh, 12 jam perjalanan, transit di Bangkok kejap untuk cleaner naik mencuci dan ambil penumpang.

Dulu, niat saya ke Mesir lebih besar dari Jordan tapi Bumi Urdun menerima kedatangan saya terlebih dahulu. Alhamdulillah sampai sekitar jam 3.30 pagi waktu Jordan… turun kapal terbang dalam mamai dan dimaklumkan suhu Jordan adalah sekitar 16 darjah celcius bersamaan suhu aircond di pejabat.

Sebelum pergi saya kalut menguruskan orang-orang yang nak qurban, akikah dan menderma bersama Khairiah, Setiausaha Kerja Nisa’ (sekarang adalah peguam) termasuklah kalut memikirkan pakaian… mana tak pening…

Jordan 16 darjah celcius (transit 19 jam sebelum dan 19 jam selepas pergi Sudan)
Sudan 40 darjah celcius (hampir 4 hari duk di sana)

Boleh dikatakan agak besar jugaklah beg yang saya bawa masa tu tapi saya tak terpikir nak bawa bagasi sedangkan ada ahli rombongan lelaki yang membawa beg yang besar dari saya !!!

Sebenarnya apa yang merisaukan saya lagi adalah, saya baru sahaja dilanggar kereta 2 Ramadhan yang lalu. 1 pek plastik bersaiz A4 ubat saya cari di farmasi Kak Ha yang akhirnya saya tertinggal di rumah Kampung Baung, Kelantan, Malaysia. Saya makan ubat ahli rombongan lain dengan kopi radix yang saya bawa.

QURBAN, AQIQAH DAN INFAQ
Dana 15 ekor lembu dan beberapa ekor kambing telah dikumpulkan untuk diselesaikan di Sudan. Maklumat awal sebelum ke sana, kami akan pergi dua negara iaitu Somalia dan Sudan walaubagaimanapun perancangan ditukar ke Sudan sahaja memandangkan kesuntukan masa. Malah perjalanan kami ke Kassala dari Khartoum (ibu negara Sudan) memakan hampir 12 jam dengan kenderaan darat.

Alhamdulillah kemudahan internet ada cuma agak terhad. Di Jordan, hotel transit ada tetapi kami perlu membayar US5 perjam. Di Khartoum, alhamdulillah kemudahan internet ada tetapi sebaik sahaja memulakan perjalanan ke Kassala, saya melaporkan melalui SMS kepada semua peserta qurban, akikah dan penderma semua aktiviti yang kami jalankan di sana. Alhamdulillah ada peserta yang berpuas hati dengan mendapat perkhabaran dari masa ke masa.

UKHUWWAH TERJALIN
Alhamdulillah, disini saya mengenali Norly, Sofea, Niza, Che Hakimi, Zulmi, dan Nabhan. Terasa luasnya dunia ini bila kita bertemu dengan rakan baru dan mengenali saudara sesama Islam yang berlainan rupa, warna kulit dan bahasa.

Saya tak pandai nak cerita pendek-pendek tapi saya rekodkan pemergian saya melalui slide gambar di artikel ini. Ada lagi caption dan gambar-gambar yang belum saya masukkan. InsyaAllah akan saya usahakan dari masa ke masa.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s