Dedi saing ambo

Melihat kepada posting Saifudin Ibrahim atau Pok Din mengingatkan memori lama kepada saing dari tadika yang ambo panggil dio Achik, dio panggil ambo Along. Dia panggil ayahnya dengan panggilan “Dedi” dan diolah satu-satu saing ambo yang ada DEDI. Lama sungguh ambo tok jupok dio, dengar khabar dah jadi misi dan sudah berkahwin.

Tang bab kawin tu la hok ambo paling geram skali sebabnya sampai hati dio tok jeput ambo sedangkan ambo ni pernah menjadi posmen dio pada suatu masa ketika dahulu. Walaupun rapat tapi personaliti kami jauh berbeza. Mungkin disebabkan kami bersekolah berlainan. Dia di SMKPC, ambo di MMP. Proses pembelajaran yang berbeza, suasana pentarbiahan yang berlainan. Sekolah rendah pun berlainan walaupun sebelah menyebelah. Apa yang merapatkan kami adalah banyak meluangkan masa bersama-sama dari kecil sampailah sekolah menengah.

Dari tingkatan 1 hingga 3, kami pernah mengulangkaji bersama bila ambo berpindah duduk dengan nenek ambo di kampung. Sampailah bila nak dekat PMR, kami berpakat pergi tuisyen intensif yang sama di Cabang 3, Pengkalan Chepa. Disitulah bermula cerita jadi posmen… huhu. Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini sebab menjadi orang tengah kepada cinta yang tak islamik langsung. Dulu ambo jahil walaupun dah sekolah agama.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang ambo respek  Achik ni. Antara dia berani dan berperwatakan menarik. Hitam manis orangnya. Kadang-kadang kami kena sound sebab terlalu banyak menghabiskan masa bersama-sama sampai ke malam, kami akan mula berutus surat walaupun jarak rumah tak sampai 10 langkah. Dulu mana ada henfon atau SMS lagi! Tapi jika dah ada, parok kami top up hari-hari.

Semasa Sukan Komanwel berlangsung pada tahun 1998, kami sudah tidak mengulangkaji bersama-sama lagi kerna ambo ambik elektif sains di MMP, Achik ke Penang mengambil elektif Vokasional. Jarak yang jauh mula menjarakan perhubungan kami tambahan pulok ambo mula tengah giler mengikuti pelbagai aktiviti-aktiviti sekolah dan MSK. Hari cuti pun ke sekolah untuk buat program…

Ambo doakan semoga Achik berbahagia dan dirahmati selalu. Andai hidup ini punca perpisah, biarlah kematian mengumpul kita semula tapi jika kematian punca perpisahan, semoga ambo pernah menjadi sahabat terbaik untuk Achik kerna

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

4 thoughts on “Dedi saing ambo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s