Pindah “rumah” (1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini 3 Syawal, seharian di pejabat untuk cuba menyelesaikan senarai panjang tugasan-tugasan yang  tertangguh dan yang sengaja ditangguhkan membuatkan hati terdetik bila melihat catatan “SUDAN 1432H”. Rasanya tok leh lagi nak buat tak tahu gitu jah… tambahan pulak dengan berkurangnya “gangguan” kerana kebanyakan kakitangan masih lagi dalam mood bercuti, banyak kerja selesai dengan cepat.

Ambo pun tak tahu bakpo ile mood parok untuk menulis trik ni. Jadi male ni akan cuba menulis semula untuk diri sendiri. Menulis catatan memori diri sendiri yang kadang kala memori ini boleh hilang jika tiada pencatatnya. Catatan umpama burung jika tak diletakkan dalam sangkar, akan terbang melayang-layang. Entah dijumpai kembali atau tidak, hanya boleh berharap sahaja. Ofkoslah sudah ada malaikat Raqib Atib yang telah mencatat kiri kanan… cuma yang ini catatan ambo untuk diri ambo sendiri.

Sejak sebelum lahir sehingga besar panjang, sampai habis mengaji UPM, sehingga dapat kerja yang telah ambo kerjakan sehingga kini…. kami sekeluarga telah pindah sebanyak 4 kali dalam kawasan yang sama. Jika masuk kediaman di Kampung Baung ni, kira dah yang ke 5 kali berpindah. Ambo pun tak tahu sebab yang jelas kenapa Ma boleh bertahan bekerja di Rumah oghe tuo Taman Kemumin sehingga ambo berumur 24 tahun. Jadi maknanya setiap rumah di kuarters tu kami tinggal sekitar 6 tahun setiap satunya. Ambo pernah tanya ma, bakpo ma boleh kijo situ lamo bedo oh, ma kata susoh kalu pindah g lain (tapi kalu pindah dale kawasan yang sama tak po pulok…huhuhu).

Ok, walaupun itu kisah benar, itu hanya intro sahaja.Hari ini ambo pindah rumah secara sepenuhnya bila ambo

Import blogs

dari blog lama ambo di http://menujuadninaim.blogspot.com/ ke blog yang sekarang. Alhamdulillah semoga menjadi pemangkin untuk terus menulis. Macamana caranya jika ada yang berminat untuk “berpindah” boleh lah mengikuti langkah-langkah di sini. Jika tok pehe, rujuklah kamus deh… atau orang yang lebih alim dalam urusan blog

sebenarnya tapak rumah ini adalah rumah kedua kami sebelum dirobohkan untuk dibina semula

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s