Kahwin Perdana : Aku @ mereka ?

Sejak kelmarin, ambo rasa kenaling tak berhenti-henti lagi sampai ke saat ni…
lebih dari mereka yang nak berkahwin…huhuhu

Sebelum ni namo ambo tercatat sebagai
Pengerusi JK Persembahan & Acara Pentas,
tapi 2, 3 hari lepas telah ditukar ke Pengerusi JK Pendaftaran… fuh semangat…
seram sejuk tangan-tangan ambo nak setup flow gerakerja JK baru ni.
Ingatkan lepas habis Ekspo Cheng Ho, ambo akan bebas dari segala mok liko yang berkaitan dengan yang boleh dikaitkan dengan pendaftaran dan juga database…

Cuma ambo bernasib baik, bukan 1000 orang yang perlu ambo tangani,
hanya 100 pasangan sahaja, yakni 200 ORANG SAHAJA.

tapi

tapi

tapi

tapi

tapi


bila Che Na royak kena + (200 pengantin x 10 ahli keluarga yang dibenarkan masuk) = 2,200 ORANG. Ambo hanya mampu tersengih. Kepala ambo tengah berkira-kira untuk menjemput Team CC yang berpengalaman bab pendaftaran dan database untuk membantu… namun bisakah mereka datang membantu?

Foto : Meera Eidora

Syarat-syarat untuk menjadi sukarelawan JK Pendaftaran mudah sahaja :

“Berperwatakan baik dan memenuhi ciri-ciri muslim/muslimah”

Jika berminat :
SMS Nama penuh, No Kad pengenalan dan No HP ke no 0139836914 seberapa segera.

Ambo hanya perlukan 10 lelaki dan 10 perempuan sahaja untuk tugasan mudah ini… Apakah ada yang mau mencipta sejarah sekali lagi selepas kejayaan Ekspo Cheng Ho yang lepas???

Ada beberapa tarikh penting untuk diingati bagi petugas :
16 Disember 2010 : Daftar khidmat @ UPWKK
22 Disember 2010 : Taklimat Urusetia program
23 Disember 2010 : Raptai
25 Disember 2010 : Hari langsung

15 hari lagi bakal berkurang dari hari ke hari….
kalu bakal pengantin berdebar-debar membilang hari…
ambo pun berdebar sama, bimbang pun ada kerana inilah julung-julung kalinya Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan majlis pernikahan beramai-ramai dengan melibatkan agensi kerajaan / swasta. Ada beratus-ratus senarai semak yang perlu diteliti setiap hari… Sungguh mengerunkan juga… Apapun doakan agar kami dapat memberi khidmat yang terbaik…

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok….

Kosa Kata
namo : nama
kenaling : cemas
mok liko : serba serbi
royak : memberitahu

7 thoughts on “Kahwin Perdana : Aku @ mereka ?

  1. huhhuhuhhhu….xpo la…bdebar2pn..kira ambik pengalaman…
    pengalaman yg xkn org lain dpt…susah payah kita org xtahu..hnya kita & sesiapa yg mngalaminya…jadi bbaloi jika setiap kerja kita hanya dgn LILLAHI TAALA…I’Allah..kita kn wat kerja gn tenang, bagus & lancar…..
    percaya pda diri…btawakkal pda Illahi…

    Like

    • Kenaling… sebab tak sampai sebulan dah mengadap satu lagi program penting. Yang lepas pun, ado lagi hok tok settle lagi

      Kenaling… sebab kepercayaan orang untuk handle lagi bahagian pendaftaran

      Kenaling… sebab kena setup satu team yang mesti tip top dan multitask @ multiskill dalam masa yang ciput… huhuhu

      Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s