SECHo : Yang ingin saya ukir dalam hati

I
Internet berona, hidung tersumbat, batuk mengokol, cuti yang dibatalkan, persediaan mtg2 yang belum dibuat… menyesakkan hati dan perasaan =((

II
Setelah sekian lama, saya akhirnya memahami kenapa siri “Yu Hee, The Witch” diberi tajuk sedemikian. Itupun selepas episode ke-8. Saya sempat tengok episode 1 sahaja sebelum terjebak dalam kesibukan bersama teman-teman Cheng Ho.

III
Tawa, tangis, riang, gembira, kecewa, hampa, penat, lelah terukir indah dalam diari Sukarelawan Ekspo Cheng Ho bagaikan angin rindu yang berlalu… Namun hati, jiwa dan perasaan bagaikan tersatu dalam api semangat IKHLAS MEMBANTU takkan padam dan pudar ditelan waktu…

Terima kasih kepada para sukarelawan yang telah mewarna-warnikan pelangi hidupku sepanjang berlangsungnya ECHo. Semoga khidmat serta kesungguhan yang ditunjukkan akan menjadi panduan berguna dalam meniti hari-hari yang mendatang…

Andai bunga indah kerna warnanya,
andai bulan indah kerna sinarnya,
andai laut indah kerna birunya,
maka pertemuan kita indah kerna ingatannya..
– IKHLAS MEMBANTU –

Dedikasi ini khas buat :

Kak Zan :
Teman sekampung yang bakal meninggalkan kampung halaman Mac tahun depan. Kenangan dengan Mercedes yang kena sumpah takkan luput dalam ingatan. Terima kasih kerna sudi menjadi driver saya.

Mas Atirah :
Junior AMAL yang paling saya cintai kerna kesungguhan dan dedikasi kerjanya dari zaman Maahad hingga kini. Terima kasih Cikgu Mas.

Ust Di :
Yang tidak pernah saya kenal sehinggalah mesyuarat pertama SECHo. Terima kasih Ust kerna bersabar dengan karenah kami yang pelbagai.

Adib :
Saya masih terkejut yang akhirnya ada juga perkara yang saya boleh sepakati dengan Adib. Malah teman-teman Nisa’ saya pun ada yang tertanya-tanya macamana saya boleh berbaik dengan pendebat yang tak sayang mulut ni…huhuhu

Ust Din :
Ust Din adalah orang penting yang mencadangkan saya dalam Sekretariat Sukarelawan Cheng Ho dengan mengSMS menjemput hadir mesyuarat SECHo, walaupun pada mulanya saya ragu, kenapa saya? Jawapannya tidak pernah saya tahu kerna tidak pernah punya kesempatan untuk bertanya. Antara orang yang paling lama yang saya kenal dalam geng SECHo walaupun tidaklah begitu kenal. Dari Maahad Darul Anuar sehinggalah SUK.

Kak Ira :
Terima kasih kak. I’m speechless. Xie Xie Ni.
Saya tahu kak masih menaruh harapan untuk saya… Saya akan bagitahu, apabila saya sudah bersedia…

Ust Ubai :
Orang paling tersohor dalam negara menyertai kami dalam Cheng Ho. Hanya kenal nama melalui kulit novel, tapi saya tak tahu kenapa tidak tergerak hati membelinya (maaf ya Ust). Kiranya kami semua beruntung dapat bergerakerja dengan beliau. Harapnya SECHo memberikan ilham untuk karya seterusnya.

Pok Din :
Cheng Ma pernah tegur saya kerna panggil beliau begitu. Entahlah, saya panggil berdasarkan junior2 beliau yang memanggil beliau begitu… betulkah ianya SALAH? Saya kenal lewat perdebatan beliau dengan teman-teman MSK yang hangat mengelegak di internet. Malah berkesempatan bertikam SMS semasa pengambaran iklan sukarelawan… hehe

Sarah :
Segala penghargaan & pujian selayaknya diberikan kepada beliau kerana mengajar saya mengurus dan mengoperasikan Bilik Operasi ( yang kami panggil Bukit Operasi) pada malam 14hb Nov yang lepas. Terima kasih kerna mencadangkan Kak Zan untuk menjadi pentumas SECHo.

Kak Ayu :
Semasa Nisa’ Games pada tahun 2007, Kak Ayu diamanahkan dalam urusan pengangkutan & penginapan deligasi seluruh negara, pengalaman beliau bersama Hajar (yang tidak dapat join SCHo kerna sarat mengandung dan telah melahirkan bayi perempuan) pastinya sangat membantu.

Ust Zu :
Terima kasih Ust Zu kerna banyak membantu saya dalam menangani masalah database yang berkait rapat dengan pengagihan barangan. Ust, sampaikan salam saya kepada mak Ust, semoga sihat sokmo.

TJK :
Chinese speaker di kalangan kami.

Cheng Ma :
Saya terpaksa akui, berat badan saya berkurangan disebabkan ketiadaan basikal yang dijanjikan Cheng Ma hehehe

Farizan :
Tiada bagaikan hantu tapi hadir bagaikan angin bila diperlukan

Marjan :
Orang yang paling susah untuk saya hubungi sehingga saya terpaksa berkata kepada Kak Ira “Jika saya tak dapat contact si Marjan hari ini, saya akan gugurkan nama dia dalam senarai untuk diberikan kepada Ust Din”… tapi akhirnya dia mengangkat juga…. Alhamdulillah… Rupa-rupanya hpnya bermasalah…

En Hadi :
Terima kasih kerna sudi jenguk kami waktu dinihari di Bukit Operasi dan belanja makan roti canai.

Pok Su Li :
Paling cool skali. Terima kasih Ust.

Sam :
Disebabkan virus-virus yang perlu dibelai dengan manja di kamar lab, beliau sanggup tak mengendahkan panggilan @ SMS saya untuk mengconfirmkan penyertaan sebagai AJK SECHo…. memang panas hati jugak pada mulanya… Tapi terima kasih kerana kehadiran nti pada saat akhir bagi mengantikan tempat Che Na yang terpaksa fokus dengan program “Kahwin Perdana” dan juga Pameran Ekspo Cheng Ho mengubat hati…

Ust Hanif & Pok Nik Asmawi :
Saya sudah agak, saya pasti akan ditegur oleh mereka berdua berkenaan cara penggunaan walkie talkie. Pengalaman sepanjang SCHo menjadi semakin seronok bila masing-masing cuba mengaplikasikan walkie talkie dengan betul.

Ust Nordin :
Dengan bantuan Ust, adik-adik CC boleh berjaga malam menyiapkan database yang setiap hari berubah-rubah jumlah angka. Jasamu dikenang…

Oh ya… suara Ust memang sedap… boleh la rakam lagu untuk sukarelawan lepas ni…

Firdaus aka Maher Zain Kelate :
Lakonan hari tu memang edisi pecah perut. Terima kasih kerna banyak membantu darihal logistik. Apa petua yang nta pakai untuk bekerja dengan Cheng Ma? Hehehe

Che Zaki :
Saya baru tahu rupanya Che Zaki seorang yang serba boleh. Saya salute dengan masalah pengurusan pengangkutan yang diselesaikan oleh beliau. Bukan sebarangan orang yang boleh handle… cayalah Che Zaki.

Che Amran :
Saya yakin, jika diberi masa yang lebih panjang… Istana Volunteer akan lebih indah terbina.

Che Norsham :
Terima kasih kerna mencadangkan makanan untuk sukarelawan. Ianya cukup bermakna.

Farhan :
Terima kasih kerana menjadi sebahagian coretan SECHo untuk dikenang walaupun sekejap

Ust Masri :
Fail-fail kursus tak mungkin kami perolehi dengan mudah tanpa bantuan Ustaz, terima kasih.
 

Asmawie Abdullah's Photos - Volunteer ECH~ Last Day

Tak dilupakan juga…
Hj Adilan :
Awal tahun ini semasa berkelana ke Kota Bandung,
ada hamba Allah bertanya : Kenal sama Pak Adilan?
Saya dengan gatal mulut menjawabnya : OO saya kenal…
Hamba Allah : Sampaikan salam saya buat beliau dengan lafaz….
Saya : (errrrrrrkkkkk)…. InsyaAllah

Aduisss… kenapalah tak tercakap, saya sememangnya kenal Hj Adilan, tapi Hj Adilan tak kenal saya… kalo nanti saya call Hj Adilan dan cakap, si polan berkirim salam… kan nanti banyak pulak soal siasatnya… huhuhu

Akhirnya, Allah memudahkan saya menyampaikannya salam yang tertangguh hampir setahun ini di dengan SECHo… Uniknya pertemuan ini

En Husnal :
Idola para sukarelawan. Saya banyak belajar dari En Husnal. Terlalu banyak. Terima kasih

Kak Siti :
Anakanda Tan Sri SM Salim yang membuatkan ketawa saya pecah sehingga ditegur oleh Kak Ayu hehehe… dah lama rasanya saya tidak segembira ini bersama teman-teman… dan Kak Siti ada masa saat yang menyedihkan…

Kak Siti, peristiwa Kak Siti naik angin dalam stor yang sedia berkuap panas akan saya ingat buat selama-lamanya….

One thought on “SECHo : Yang ingin saya ukir dalam hati

  1. Pingback: Belasungkawa Tuan Haji Adilan « Adnin Naim's Blog

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s