Biasanya perempuan…

Biasanya perempuan MESTILAH pandai mengemas bilik, menyusun atur peralatan dan menghias bilik…

Tapi rasanya saya GAGAL dalam hal ini… Kalau saya sudah mula mengemas, tetiba terjumpa artikel2 dari cutting paper yang saya tak sempat dibaca, operasi akan tergendala… jika artikel pendek ALHAMDULILLAH, kalau artikelnya panjang MASYA ALLAH…. gambar di atas menunjukkan akibat dari sebab yang maklumkan tadi…

Kadang-kadang kalau terjumpa balik barang-barang yang bersifat sentimental value contohnya lencana sekolah, kertas-kertas kerja program, key chain yang dihadiahkan oleh JK Floor Asrama kolej, nametag prog dan macam-macam serba mak nenek lagi… operasi akan memberi laluan kepada hati yang akan sedikit sayu teringat zaman muda-muda dulu…erm…

Kalau diikutkan, mana ada masa nak mengemaskinikan semua ni…
Lagipun saya sendiri pun maklum, perkara yang diatas akan terjadi kepada saya setiap kali operasi TAPI semua terpaksa ditabahkan hati kerna adinda saya di MESIR nak balik….!!!

Adinda saya yang di UiTM sudah acapkali memberi INGATAN yang mencemaskan bahawa adinda MESIR akan balik dengan KITAB-KITAB  yang confirm satu almari penuh…alahai

Sementara nak beli almari buku bercermin yang sedikit MAHAL untuk adinda MESIR, sudah semestinya kitab-kitab itu akan menginap di almari buku saya @ almari adinda UiTM. Mungkin akan lebih banyak berada di almari buku adinda UiTM memandangkan sudah letih diejaskan supaya ada ruangan di almari buku saya, tapi malang sekali… Itupun adinda UiTM telah dipaksarelakan untuk menghadiahkan segala buku rujukan, nota masa mengaji dulu kepada sepupu kami.

Sebenarnya yang lebih menyulitkan adalah apabila kita ada semangat nak

Gambar : Sumber

Kalau mengikut kebiasaan saya dulu, semua yang dikatogerikan TAK NAK, semuanya akan disumbatkan dalam satu plastik sampah,tak kiralah kertas ke, plastik ke, kaca atau apa sahaja…  esoknya terus buang… tapi kali ini TIDAK lagi…

Lagipun saya TIDAK mahu dikatogerikan sebagai salah seorang rakyat Kelantan yang selalu dicemuh oleh orang luar sebagai PENGOTOR, tapi saya ingin tingkatkan jatidiri bahawa saya juga adalah rakyat yang prihatin dalam isu-isu yang melibatkan alam sekitar dan pengunaan sumber-sumber disekeling manusia. (Harapnya saya boleh istiqamah, amin)

Walaupun agak terseksa dengan bahan-bahan BUANGAN yang belum terbuang ini, hati saya merasa lega, sekurang-kurangnya saya melakukan sesuatu untuk bumi yang semakin tua ini. Saya mengharapkan tarikh adinda MESIR dapat dilewatkan kerana KEKANDAmu ini memang confirm akan gagal menyiapkan ini semua dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s