Insomia @ aku yang terlalu workholic ?!

Ditemani dengan Debu – Nyawa dan Cinta dan beberapa lagi muzik iringan, membuatkan aku terfikir, kenapa susah sangat nak tidur walaupun jam sudah menunjukkan angka 2.24 pagi… Alangkah baiknya jika dapat tidur sekejap, kemudian bangun tahajud.

Walaupun malam tadinya memang frust sebab kerja yang dirancang tergendala disebabkan tertinggal barang yang hendak dibeli di kedai… aiiii frust… kalaulah kedai tu buka 24 jam… tambahan aku pula tidak dapat tidur lagi ni…

Apa agaknya doa yang sesuai untuk diamalkan untuk mudah tidur? Sam cadang aku minum Hi-Goat, entahlah…

Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk teruskan kehidupan ini, beberapa jam lagi nak kena masuk office, 3 tempat nak kena jelajah hari ni untuk program minggu depan.

Itu coretan aku beberapa hari yang lepas, yang tak sempat nak published, kerna tetiba masa menulis tu aku terasa mengantuk yang amat sangat. Alhamdulillah, boleh tidur jugak.

Beberapa hari ini aku terfikir mengenai teguran beberapa sahabat yang aku terlalu sibuk bekerja, sehingga mengabaikan beberapa perkara yang seharusnya aku enjoy atau dengan perkataan yang lebih tertib, lebih menikmati kehidupan yang Allah kurniakan ini.

Setiap orang ada masalah dengan perspektif memasing, nak menyamakan orang lain mengikut keadaan diri sendiri. Jika aku dah enjoy dengan life begini, agaknya mereka sakit hati melihat aku masih bisa tersenyum dalam situasi begini.

Solatku, Hidupku, Matiku kerna Allah Taala. Ya Allah matikan aku dan masukkan aku ke dalam Adnin. Ameen

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s