Lasykar Pelangi : Buku @ Filem ?

INTRO

Pada malam 19 Mac yang lepas, aku dan adik perempuanku yang bongsu ke PUTIK untuk menonton Lasykar Pelangi.  Sebelum itu, puas jugak kupujuk untuk dia menemani aku, sampaikan bajunya aku ironkan (tak pelah, bila lagi nak berkhidmat).

Kenapa HARUS ke PUTIK untuk menonton?

Tujuan tayangan ini dibuat adalah untuk mengutip dana untuk membiayai pengajian pelajar miskin. Tiket yang diperolehi akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukannya. Tujuan aku pula adalah untuk merasai keseronokan menonton filem bersama rakan-rakan. Lagipun tak best kalo menonton sorang2, apatah lagi di PUTIK nanti akan diadakan pengasingan tempat duduk sepertimana tayangan KCB @ KTC dan KCB 2 @ Balai Islam, jadi syariat tetap terjaga

PESONA 2010

Selepas Asar aku terus berangkat. Mesti korang ingatkan tempat tu jauh dari rumah aku, tapi sebenarnya tak sampai 10 minit (jika naik motor). Aku pergi awal kerna ada pertandingan Pesona Seni Islam 2010 (PESONA 2010) anjuran Nisa’ Kelantan dengan kerjasama UPIBSN yang diadakan pada siang hari. Sempat jugaklah mendengar sebahagian peserta2 dari seluruh negeri Kelantan berentap dalam pusingan saringan.

Sejam Lasykar Pelangi dimainkan, barulah aku masuk menonton kerna sebelum itu ada  postmortem ringkas PESONA 2010. Mendengar rungutan Faizah yang mengantuk, terfikir jugak nak balik awal, tapi seronok gak tengok filem di panggung buatan ni. Sejak 1990, tokei2 panggung wayang start gulung tikar, jadi generasi baru tak pernah pergi panggung wayang.

Buku @ Filem ?

Sepertimana Ayat-ayat Cinta (AAC), KCB dan KCB 2, aku mengalami masalah untuk menghabiskan novel jika tidak melihat filemnya terlebih dahulu. Aku tidak tahu bagaimana hal sahabat2 yang lain. Novel AAC, aku beli selepas menonton filemnya melalui youtube. Manakala KCB pula aku baca setahun selepas dibeli, juga selepas menonton filemnya. Cuma novel KCB2 sahaja dibaca sebelum filemnya ditonton itupun terdorong perasaan ingin tahu bagaimana endingnya.

Novel Lasykar Pelangi yang aku beli pada 26 November 2009 di kedai buku Popular, sampai sekarang baru sampai bab Jam Tangan Plastik Murahan, mukasurat 130 daripada 456. aku tak tahu bilakah akan habis buku ini dibaca. Nampak gayanya, aku harus menonton dulu filem yang aku pinjam dari Sarah.

Walaupun aku tahu, aku menghadapi masalah serumit ini untuk menyelami apa yang ingin disampaikan oleh pengarang, yakni terpaksa mengunakan APD untuk memahami, aku tetap berpendapat bahawa membaca novel lebih menyeronokan daripada menonton filem. Ini kerana terdapat beberapa kejadian di dalam novel, tidak dapat dilakonkan di filem, malah jika menonton filemnya tanpa membaca buku, banyak scene akan menjadi cacat dan kurang difahami kenapa ia berlaku begitu… malah ada juga yang diubah supaya sesuai dengan durasi masa tayangan.

Cthnya akan diberikan kemudian, sebab aku baru nak start tengok filem ini.

Leave a comment