Akhirnya…

Sebenarnya aku tak berniat nak marah-marah kat operator TM Net hari tu…

Tapi disebabkan sudah berkali-kali aku buat aduan tentang kerosakan
line telefon rumah sehinggakan internet tak dapat berfungsi seperti
biasa…
Boring betul bila terpaksa ulang balik story yang sama berulang-ulang kali…

Memang aku naik hantu masa tengah bercakap dengan operator, sampaikan 3
orang operator terpaksa melayan aku untuk menjelaskan tentang
kemungkinan-kemungkin yang menyebabkan kerosakan line tu…
Tapi sayang, aku dah tak termakan dengan semua penjelasan2 tu sebab aku dah banyak kali diberikan skrip yang sama…

Sebenarnya memang tak berniat nak marah pun…

  1. Cuma malam tu, adik aku yang duk di Mesir nak berYM dengan family…
  2. 2,3 hari sebelum tu, sepupu aku datang jauh2 ke rumah semata-mata nak guna internet…
  3. Hphone aku mula kena barred sebab tak sempat nak pergi bayar bil di kaunter (termasuk bil-bil yang lain)
  4. Terpaksa guna Broadband Daily @ Weekly untuk alternatif (secara tak langsung menambahkan bil yang perlu dibayar)
  5. Blog aku dah lama tak update
  6. dan yang akhir sekali aku dah tak larat nak bayar bil internet jika internet langsung tak leh guna…

Setiap kali buat aduan, aku mesti kena sahkan no hphone tapi juruteknikal selalu call guna telefon rumah. Jadi, banyak misscomunication, aku yang buat aduan , tapi orang lain plak yang terpaksa menjawab bagi pihak aku.

Alhamdulillah selepas peristiwa tu, operator selalu maklumkan
tentang perkembangan-perkembangan tugasan mereka melalui Handphone aku.
Jadi terubat sedikit rasa sakit terhadap mutu perkhidmatan TM Net…

Jika sampai akhir tahun ni, Streamyx ni masih tidak boleh digunakan, baik aku BERCERAI sahaja dengan TM Net… buang masa, buang tenaga dan yang paling sadis sekali, terpaksa juga MEMBAYAR walaupun perkhidmatan tidak boleh digunakan…

TM Net ni bayar zakat tak? Kalau bayar, aku rasa boleh diHALALkan duit-duit yang aku tak relakan pergi tu…

Tapi malam ni, bila sampai di rumah…
Adik aku kata;
“Long, lampu ADSL dah hidup…. ”
Yahooooooo internet sudah stabil…

So TM Net, jodoh kita masih
ada…

Oleh kerana terlalu gembira, aku masih lagi online sekarang ni…
Walaupun aku tahu risiko demam selsema akan lebih teruk lagi jika aku tidak cukup rehat… 

6 thoughts on “Akhirnya…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s