Pisang berbuah lagi !

Pagi tadi ambo terkejut melihat setandan pisang yang menghijau melalui jendela dapur rumah. Nasib baik tak tercekik skyjuice yang diminum !

Astagfirullahalazim….
MasyaAllah… pisang berbuah lagi…
Tertiba terbayang kisah…

2,3 bulan yang lepas

Pisang kelat lego yang berbuah di depan jendela bilik ambo menceriakan suasana pagi. Kekadang sengaja buka jendela walaupun time tu, matahari tok napok tanoh lagi untuk tengok pisang yang semakin hari semakin geram kita dibuatnya…

Ambo berkira-kira, selepas sikat yang paling awal menguning, bolehla agaknya ditebang. Ma ambo pun tiap ketiko masuk bilik untuk perati pisang tu.

Alkisah nak dijadikan cerita, suatu pagi di hujung minggu, ma ambo tetiba tephek terkejut apabila pisang tengok tu ditebuk TUPAI !!! Bising satu rumah ambo, geger dengan pisang dimakan tupai… Ma dengan kadar segera mengerah ambo dan adik ambo yang akan ambil STPM pada tahun ni turun untuk tebang pisang tu.

Ni part yang paling malas sekali,
tapi disebabkan hanya 3 wanita ni je melepak kat rumah time tu. Ayoh dan semua adik lelaki tak ada kat rumah kecuali sorang (sambung tidur sebab dia kerja syif malam) terpaksalah ambo cari baju buruk untuk melaksanakan misi ini.
Bila sampai betul-betul di bawah pokok pisang tu, barulah ambo sedar betapa tingginya pokok pisang kelat lego pujaan hati ambo tuh… hati kecil ambo duk beraso mace payoh ni… raso ado dekat 20kg setandan pisang, tinggi pulak tu (separas tinggi ambo jika diukur dari lantai bilik)… Bayangkan, rumah ambo setinggi 9 kaki, ambo setinggi lebih kure 164 cm. Selepas dicampur tolak bahagi, rasa-rasa boleh agak tak betapa tingginya pokok pisang ni…

Ambo try bagi suggestion ko ma, kena tunggu demo ni  (ayoh dan adik-adik lelaki) balik, baru kita boleh tebang, tapi ma ambo berkeras nak tebang jugok pagi tu…

Dengan lafaz Bismillah, pokok pisang ditebang…
Mula-mula ma tebang,
pastu ambo…
pastu adik ambo…

Kami bergilir-gilir menebang pokok pisang tu…

Barulah mula condong sedikit…penat  sungguh… lamo tok buat excercise, semput nafas.

Berpeluh pah keting

Hampir setengah jam kemudian barulah pokok pisang tu mula rebah sepenuhnya. Tuhan sajo yang tahu betapo penatnya pekerjaan menumbangkan sebatang pokok pisang berbanding harvest banana tree di Farm Ville…

 Harapnya pisang galo di jendela dapur masok @ sedia untuk ditebang time ayoh ambo ado di rumah…

3 thoughts on “Pisang berbuah lagi !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s