Jangan Tidur selepas Subuh…

Sebelum melelapkan mata jam 4.30pg semalam, aku sempat membuat checklist sepintas lalu dalam kepala tentang jadual pagi Sabtu ni. Hurmmm perlu ke PUTIK jam 2.30ptg utk taklimat bentara dan terima kain untuk bentara. Bolehlah rehat panjang sket selepas berjam-jam bersengkang mata selepas mendapat giliran mengunakan laptop 

Menyambung tidur selepas Subuh, sememangnya memang tidak digalakkan. Sahabat2 boleh baca petikan artikel di bawah untuk tambahan maklumat :


Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: ‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.’

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’

Dan dalam hadith: ‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’ (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

Akhirnya selepas berkali missed call dari C, Kak Mas dan Nik, aku tersedar dan teringat yang aku perlu hadir ke AGM Pas Kawasan jam 8pg ni.  Walaupun masih sempat hadir tapi aku terlepas mendengar ucapan perasmian YB Ir Dato’ Seri Nizar…. huhuhuhu

Jadi sambung sikit lagi :

Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” (Hadith rawayat Darimi)

Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,”Allah berfirman, “Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu diantara keduanya,”
Disebutkan dalam satu hadith yg lain,”Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Disebutkan dalam satu hadith bahawa sesiapa yg mengerjakan solat subuh dgn berjemaah lalu sibuk berzikir sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sunat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah.

Moral of the story : Jangan tidur selepas Subuh
Sumber artikel : http://www.iluvislam.com

8 thoughts on “Jangan Tidur selepas Subuh…

  1. slm, sy pernah dengar hadith yg mengatakan tidur lepas subuh mewarisi kepapaan dan lepas asar mewarisi kegilaan.sy nak tanya adakah ia hadtih soheh? masalah sy ialah sy tinggal di UK, waktu summer subuh masukjam3 pagi dan habis waktu jam 4.,30…jadi camne sbb kalau sy taktido lepas tu sy akan sgt ngantuk untuk kerja….

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s