Menyambut peserta kursus sulaman ke Kelate

2 hari yang lepas, aku dan semua staff, yb’s dan jugak ahli dan ahli keluarga peserta “Kursus Sulaman Bersepadu Wanita Kelantan” menghabiskan masa menunggu kat airport.

Sepatutnya mereka tiba jam 8.30mlm di Kelate tetapi disebabkan bagasi mereka lambat dikeluarkan dari pesawat Padang, Indonesia mereka terlepas flite waktu tu…

Kelam kabut aku meng SMS kepada semua semua dan wartawan yang terlibat huhuhuhu. Tapi wartawan Utusan dan satu akhbar Cina termiss, kesian mereka…

YB Ubai pun kesian jugak, sebab dia dah tiba airport masa baca SMS aku, tapi mujur jugak ada Kak Ilvira, mereka gi pekena satay dulu…

Alhamdulillah jam 10.47 malam akhirnya mereka tiba dengan selamat. 6 bulan, rasa macam sekejap jer…

Selepas selesai sesi menitiskan air mata dan pengambaran, kami semua terus balik. cuma ada sedikit PERINGATAN untuk kengkawan semua supaya tak kena macam aku…

Masa tgh berbual2 ngan anak buah aku yang tunggu kenderaan masa nak balik tu, ada staff airport yang menegur. Mereka tanya prog siapa, anjuran siapa dll. Dengan baik hatinya aku memjawab.

Rupanya selepas itu aku dimaklumkan bahawa tak boleh bawa masuk banner dalam airport, kena letak kat luar….
kuang kuang

Mana la aku tahu, masa nak bertolak dulu,
tak ada pun staff airport yang bagitahu…. ingatkan boleh
Nasib baik aku tahu lepas selesai semuanya, kalo tak haru jugak…

Lain kali,
“kalu nok masuk ghumoh oghe, kena oyak ko tuwe dio dulu”
kan dah kena sebijik…

8 thoughts on “Menyambut peserta kursus sulaman ke Kelate

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s