di sebalik tabir Seminar Rumahtangga Berkat & Forum Nikah Tunai

Alhamdulillah, lega semuanya dah berakhir. Ini merupakan program pertama kami buat berkembar siang dan malam. Penatnya tak tercakap… rekod yang pernah dicipta sebelum ni adalah 2 program besar dalam masa seminggu.

Nasib baiklah telinga ni dah kebal ngan kritikan tentang program, kalu tak, mahu angin satu badan… Ingat senang ke korang main kritik2 tanpa tahu kesukaran yang terpaksa kami hadapi sepanjang menyusun atur kedua-dua program tersebut. Hehehehe jangan marah ye, ambo pun tak marah =)

Apapun terima kasih banyak2 atas komentar & cadangan membina yang diberikan terutama di Saiful Islam. Kali ini program Forum Nikah Tunai berjaya menarik perhatian terutamanya bagi pengunjung2 Saiful Islam.com

Seperti biasa program yang sebelum ini, ambo incharge bahagian teknikal program berkaitan PA system. Sepatutnya masa program, ambo kena berada di bilik PA system di atas tapi buat pertama kalinya, ambo hanya standby di belakang pentas (di bahagian rakaman) kerna ada sedikit perubahan dari segi persembahan pembentangan kertas kerja serta acara pentas. Arahan dibuat melalui walkie talkie kepada orang di atas.

Bersama geng-geng KTV adalah perkara biasa setiap kali program, sebab ambolah tukang mengepek dan mengomen kalu ada kesilapan teknikal semasa program. Walaupun kekadang audien tak perasan sebarang kesilapan, tapi ia cukup membimbangkan apatah lagi kalu ada yang terperasan sebab teguran SMS akan terus sampai =) kekadang datang dari VIP huhuhu

Ada kesilapan yang terpaksa dibiarkan jika audien tak terperasan,
kekadang kesilapan tu yang menjadikan program jadi lebih menarik kerna disangkakan gimik program hehehe
Ada jugak terpaksa diperbaiki pada masa itu juga (yang ni, habis idea diperah untuk menyelamatkan keadaan, hatta terpaksa berlari dengan baju jangok keliling luar dewan @ kontrol ayu depan audien).

Ntah brapa SMS dan call yang ambo buat pada malam tu untuk Dikir Barat sahaja…
Memang susah nak kontrol kalu ada persembahan.
Tambah susah kalu MC nya kejap2 hilang. 2 kali ambo pusing dewan besar cari MC. Rupanya dia keluar jap sebab tak tahan dengan suhu aircond dewan. Lain kali ambo kena pesan awal2 pada MC, suh bawa blazer @ baju panas.

Time kritikal bagi orang belakang tabir adalah masa mula2 start program dan akhir program. Masa nilah yang memang kecut perut sket. Tengah-tengah program ok. Biasanya bila mula start ucapan @ pembentangan yang lama sket, barulah teringat perut ni tak makan lagi… akhirnya makan kat blakang pentas dengan petugas2 lain.

Bila jadi keadaan yang unsangkarable ginih, kita tak leh nak fokus untuk mendengar pengisian. Sedihkan? Urusetia program tapi tak berpeluang jugak nak kutip mutiara ilmu… Kita cuma bernasib baik kerna ada rakaman, boleh dengar balik selepas tu…

Hurm… pendek kata, kita kena banyaaaak sabaaaar

Pautan lain berkenaan program, sila klik :
>> http://saifulislam.com/?p=3793
>> http://upwbs.kelantan.gov.my/web/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=1
>> http://maribaca2u.multiply.com/journal/item/566
>> http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=570&Itemid=53
>> http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=569&Itemid=53
>> http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=568&Itemid=53
>> http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=567&Itemid=53
>> http://www.kelantan.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=566&Itemid=53
>> http://www.4shared.com/file/71256559/5f6b7f75/Forum_Nikah_Tunai.html
>> http://www.youtube.com/watch?v=tqU_namboYOQ

6 thoughts on “di sebalik tabir Seminar Rumahtangga Berkat & Forum Nikah Tunai

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s