Long, Pak Sedara ma kena rompak !!!

Aku terpinga2 sekejap….
Pak sedara ma yang mana satu pulak ni,
seingat aku Tuk saudara aku yang satu2nya aku sempat kenal (semasa hayat ni) hanya sorang je… tu pun dah meninggal…

Rupa2nya Ar Rahn kena rompak…
MasyaAllah berani betul pencuri tuh…

Tok Guru minta pencuri tu pulangkan balik harta2 yang dirompak sebab tu harta orang miskin. Baca laporan Utusan kat bawah :

Nik Aziz minta pencuri kembalikan harta orang miskin

KOTA BHARU 11 Ogos – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas daripada pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka merampas’ harta orang miskin.

Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukannya, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.

“Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.

“Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – Utusan

Aku sendiri berharap, semua pencuri tu akan pulangkan semua barang sebagaimana yang diambil…. Sebab barangan yang diambil tu bukan sahaja bernilai dari RM tapi juga nilai kenangan. Bayangkanlah kalau yang dirompak tu barangan kemas mak kita yang dia beli dari mas kahwin @ duit simpanannya yang berdikit2. Kemudian terpaksa digadai untuk kita untuk menyambung pelajaran… Bukan sahaja mak yang menangis, aku pun akan menangis sama…

Robin Hood zaman moden ni suka curi harta orang miskin….
Siaplah korang nanti bila terkena doa orang dizalimi…
Aku pun tengah geram gak ni, ada orang kebas side mirror motor aku… geramnyer aku, mentang2lah hari ni pak guard bagi kelonggaran untuk orang awam keluar masuk sebab ada program, sempat lagi korang (pencuri) buat projek yer….

4 thoughts on “Long, Pak Sedara ma kena rompak !!!

  1. Sayu betul tengok wajah Tok Guru kat atas, kebetulan masa wartawan tanya lagi sal Ar Rahn tu, aku ada berdekatan… sempat snap wajah beliau saat itu…

    Mungkin terbayangkan wajah2 orang miskin yang….. pilu…

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s