Dengan Sedekah, mari tepiskan bencana :)

Link

Salam ukhuwwah dan salam perjuang buat sahabat2 di luar sana…
Semoga semuanya kan beroleh kemudahan dalam menjalani urusan seharian Alhamdulillah,  kiranya banyak perlu kita ucapkan syukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah. Kerna nikmat Allah tak terkira walaupun sedikit demi sedikit nikmat sebagai negara pengeluar minyak semakin terkurang rasanya. Malah menghimpit segenap perasaan ibu bapa, mak cik pakcik di kampung, penjual pembeli, bakal menjadi raja sehari malah kepada aku juga yang menjadi semakin pemalu ketika ingin tawar menawar ketika membeli di pasar dek ketidaksampaian hati….

Namun begitu, janganlah kita semakin menjadi orang yang mengurangkan budget untuk bersedekah. InsyaAllah, pasti setiap satu kebaikan yang kita lakukan, akan dibalas dengan 10 kebaikan lagi. Aku bukan orang yang pandai berceramah, cuma ingin aku kongsi pengalaman yang berlaku dalam minggu lepas. Ianya masih terpahat kukuh dalam ingatan, semoga menjadi teladan dan sempadan buat semua.

Bermula dengan cadangan untuk ke Terengganu untuk suatu urusan berkaitan projek di bawah selian aku. Walaupun aku yang memberikan cadangan tu tapi di sudut hati, aku rasa berat sekali untuk bepergian kali ini…. bukan kerana disebabkan berita kematian 2 pemandu bas ekspres yag maut di Merapuh, tapi entahlah. Mau sahaja aku arahkan pegawai yang lain untuk pergi tapi bimbang pulak, jauh2 pergi tapi mendapat sebagaimana yang aku mahu. Mungkin terlalu tepu dengan pelbagai perkara, menyebabkan perasaan tak seceria burung di waktu pagi =)

Pegawai atasanku sering memesan, jika bermusafir dan singgah di mana2 masjid jangan lupa untuk memperuntukkan infaq untuk setiap masjid yang disinggah. Alhamdulillah, pesanan itu selalu kami amalkan setiap kali bermusafir samada untuk urusan kerja @ apa sahaja sahaja urusan.

Kembali cerita di Terengganu, sebaik sahaja selesai urusan di sana, kami mencari masjid. Ntah macamana, setiap kali nampak label masjid pasti kami terlepas… Rupa2nya baru ku tahu, kebanyakan masjid di sini, perlu masuk ke dalam lorong ke kampung tidak seperti di Kelantan yang kebanyakan masjid terletak di tepi jalan. Akhirnya sampai juga ke sebuah masjid (namanya pula tak ketahui, tapi masjid yang besar dan selesa).

Memandangkan masjid ini agak selesa dan perjalanan masih jauh, sahabat merangkap penolongku mencadangkan agar beriktikaf dan tunggu waktu solat maghrib di situ. Aku bersetuju sahaja tambahan pula esoknya aku masih perlu turun melawat projek di Pasir Puteh, boleh la berehat.

Sebaik sahaja selepas selesai solat jama’ di sana, kami terus bergerak pulang. Dalam perjalanan pula, kami sempat ke airport baru Terengganu, ke stadium untuk melihat acara penutup SUKMA. Memandangkan semua orang letih dan belum makan lagi, kami hanya tengok dari kenderaan sahaja. Kira oklah tu, dapat jugak tengok bukti-bukti pembangunan kat Terengganu . Masjid kristal pun sempat tengok dr jambatan.

Bila bermusafir begini, yang paling aku kasihan adalah driver, sebab aku ini memang failed kalo jadi co pilot… huhuhuhu Sebab itu, jika driver mahu berhenti, aku biarkan sahaja. Kalo driver tertido semasa memandu, siapa yang susah… aku jugak. Perjalanan kali ini, kami mengunakan jalan melalui Jerteh, Jabi, Setiu, jalan atas darat bukan jalan pantai sebagaimana biasa.

Tiba-tiba aku ternampak cahaya menyilau dr arah depan, tak sempat nak pikir apa2 dah…. kemudian hon panjang membingitkan telinga…. Astagfirullahlazim sebuah bas ekspress cuba memintas sebuah lori dan terlalu hampir melanggar kami. Jika tidak kerana tindakan pantas serta cekap Che G, aku pikir samada dilanggar oleh bas ekspress itu @ masuk ke dalam … (aku pun tak tahu samada ia longkang besar @ sawah sebab sekeliling kami gelap sekali).. pastinya aku dan yang lain glamour dalam akhbar keesokan hari….

Suasana dalam Ford Everest senyap sunyi….
Aku berpaling ke belakang, semuanya tak terkata apa….
Che G, mahu mengejar bas tadi…. mahu kasi tunjuk ajar katanya
tapi aku dengan nada bergurau (tapi masih lagi terkejut)…
“….kalo Che G nak kejar, kitaorang tengok dalam keta jelah ek…”

Masa tengah geram tu,
ingat nak gi cari pengurus bas ekspress tu bila sampai Kelantan nanti, nak buat report…
walaupun tak nampak no plat, tapi nama bas ekspress tu sempat kami semua tengok…
tapi sampai ke hari ni tak sempat menyempat lagi pergi jumpa…

Ingatkan itulah sahaja peristiwa ngeri akan kami hadapi sepanjang jalan,
tapi masih ada lagi…
bila mana ada seekor anak lembu yang teragak2 mahu melintas jalan,
hampir sekali lagi membuatkan kami kemalangan…

Puas aku fikir, apa yang mahu Allah ingatkan aku…
SubhanaAllah…
aku terlupa mahu mengisi tong infaq di masjid yang kami singgah di Terengganu tadi….
sampai ke hari ini, perasaan masih lagi bergalau di dalam hati…

4 thoughts on “Dengan Sedekah, mari tepiskan bencana :)

  1. Sahabatku,
    ini bukan bunga2 bahasa dalam ilmu karang mengarang,
    tapi hanya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati…

    semoga aku tenang dalam menghadapi hari-hari kemudian
    dan juga sering beringat…

    Like

  2. … aku terlupa mahu mengisi tong infaq di masjid yang kami singgah di Terengganu tadi….
    sampai ke hari ini, perasaan masih lagi bergalau di dalam hati…

    Sayapun sering sekali melupakannya …duh Robb

    Like

  3. Anda kata : (Namun begitu, janganlah kita semakin menjadi orang yang mengurangkan budget untuk bersedekah. InsyaAllah, pasti setiap satu kebaikan yang kita lakukan, akan dibalas dengan 10 kebaikan lagi.)

    Soalnya kenapa minta dibalas sedekah…..itu bukan sedekah !!! Adajah setiap ibadat termasuk sedekah, kita perlu minta balasan daripada Allah….

    Fikirkanlah….ini hanya sekadar nak beritahu….hakikat sebenar.

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s