dah tak MALU dah !!!

 
 

Perbualan di suatu masa tak berapa lama dahulu di Alaf 21

Kak D > Kak D guna Kad Mesra ayoh. Kito (adik bradik) pakat duplicate atas hok tu jah.
Adyn > o patut la Kak D cepat dapat kad VIP
Kak D > ho la, mudoh siket, cepat dapat tebus hadiah
Adyn > Kalu gitu gak, lambat lagilah sayo nok dapat kad VIP
Kak D > Awok guno jugok ko? Wak gapo?
Adyn > Wak isi minyok muto (baca : motorsikal) lah
Kak D > Oloh isi minyok muto 2,3 ngial (baca : ringgit) pun nak guna kad Mesra?
Adyn > !@#$%^&*

Itulah antara perbualan aku ngan bos aku yang dulu (sekarang dia dah berhenti dan jadi surirumah sepenuh masa). Masa tu memang bengang, malu pun ada bila dipersoalkan begitu. Kalau la aku ni jenis yang mulut laser mesti dah aku jawab balik, tapi maklumlah masa tu aku ni baru je kerja… so diam itu lebih baik…

Bila difikirkan balik, memang la agak menyusahkan petugas Petronas bila just isi minyak dalam 2,3 ringgit tu dia kena ke dalam kedai (Mesra). So lepas perbualan di atas aku dah tak lagi menyusahkan pekerja kat Petronas dan membuatkan orang tertunggu-tunggu giliran untuk isi minyak lagi disebabkan aku just nak isi minyak motosikal yang tak seberapa banyak berbanding kenderaan lain… tapi itu dulu la…

Tapi sekarang ni….  aku dah tak MALU dah, sebab harga minyak naik… kalo nak penuhkan tangki motor pun dah hampir RM 7 jadi mata realreward pun kira ok la. Aku rasa nak terus call je Kak D dan bagitau yang aku dah terasa segan dah nak guna kad Mesra kalo nak isi minyak motor… hehehe

Itu saje yang dapat aku fikirkan untuk mengumbirakan hatiku yang sakit dengan kenaikan harga minyak semalam…huhuhu

Foto : dari Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s