setelah sekian lama…

Salam…

Sudah lama, aku tidak posting di dalam segmen blog ini…
Bukan tak mahu menulis @ tiada perkara yang boleh dikongsi…
Cuma masa yang ada terlalu mencemburui…

Selepas balik dari bercuti dari Malaysia Timur awal tahun ini, esoknya terus masuk kerja dan perhatianku terus tertumpu kepada projek Kembara Anak Muda. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan diuruskan dalam masa yang terdekat… perubahan perancangan teknikal untuk program ini, mengubah seluruh rutin hidupku… yang paling tidak dapat kulupakan adalah apabila pihak atasan meminta aku menimbang balik keputusan untuk meneruskan pengajian @ dengan kata lain meminta aku untuk bercuti bagi semester ini.

Dalam hati yang terlalu serba salah, maklumlah yuran sudah dibayar dan buku rujukan juga sudah dimiliki… dan apa pula kata pensyarah2… Akhirnya dengan lafaz Basmallah, aku tandatangan jua borang permohonan cuti dengan harapan, segala pengorbanan yang dibuat ini membuahkan kejayaan. Kalaulah program ini gagal, tak tergambar rasanya perasaan.

Alhamdulillah, program berjalan lancar walaupun tidak dinafikan bukan sedikit masalah yang dihadapi. Pertama kali berurusan dengan pemandu-pemandu bas seringkali menghilangkan kesabaran namun itulah pengalaman yang banyak mengajar aku.

Kesibukan yang tidak putus-putus kekadang aku terlupa banyak perkara dan seringkali mengharapkan orang lain untuk membantu. Namun,seringkali juga aku mengurut dada. Masakan tidak begitu kecewa kerna semua maklumat dalam external hdisk menghilang begitu sahaja,  kabel Nokia 6500 Slide juga tiada dapat dicari gantinya lagi. Yang paling akhir di saat ini laptop pemberian ayahku “hilang” dalam pengawasan sahabat-sahabat. Sebagaimana manusia biasa yang lain… pastinya agak sukar untuk menyembunyikan rasa yang terkandung dalam hati… Namun, kehidupan perlu diteruskan juga… kerana hidup ini penuh dengan pelbagai rasa, beruntunglah bagi mereka yang mempunyai hati yang boleh merasainya dengan sabar…

2 thoughts on “setelah sekian lama…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s