Isu Orang Utan – Antara Kebenaran dan Pembohongan

4 thoughts on “Isu Orang Utan – Antara Kebenaran dan Pembohongan

  1. Beberapa hari yang lepas kecoh dengan isu ini…
    Sebagaimana biasa, dihebohkan secara besar2an di dalam media arus perdana…

    Kekadang bila timbul isu begini, sungguh menyakitkan hati…
    sebab kita tak leh nak jawab balik dengan media yang sama
    mujur ada jugak sahabat2 yang buat video gini…
    jadi saksikan perbandingannya…

    Like

  2. Allah kata, orang yang tolak Islam itu binatang: Nik Aziz
    Posted on Tuesday, February 19 @ 20:08:54 MYT by greenboc

    BeritaOleh mstar

    a KOTA BARU: “Saya cakap yang betul.” Begitulah tingkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan “Orang Utan” yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.

    Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: “Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan.”

    Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan.

    “Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan,” katanya dalam temubual khas di sini.

    Katanya, sama seperti apabila berhadapan dengan anak sendiri yang kadang-kala di nasihat, dan kadang-kala dirotan pula, begitulah juga PAS apabila berhadapan dengan parti lawannya.

    Apabila dianjurkan bahawa bahasa yang digunakan itu mungkin kasar, lantas penyandang Menteri Besar Kelantan itu menjawab:

    “Tidak bahasa kasar. Sekali sekala kasar perlu digunakan. Allah Taala dalam Quran sebut, orang tolak Islam macam binatang. Itu Allah Taala guna.”

    Nik Aziz yang digelar ramai pihak sebagai Tok Guru berkata, beliau tidak terus melemparkan perkataaan binatang kepada orang Umno, tetapi menggunakan perkataan yang mengandungi ungkapan 'orang', makanya beliau mengatakan orang Umno seperti 'Orang Utan'.

    Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan itu seperti yang dituntut banyak pihak beliau berkata tidak ada sebab beliau perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya tersilap.

    “Nak minta maaf macam mana kerana sengaja saya kata begitu,” ujarnya.

    Like

  3. sememengnya benar apa yang dikatakan tok guru….
    kalau orang yang paham dan belajar agama dia kan paham dan terima,kerana Allah ada menyebut di dalam Al-quran…
    malahan jika kesesatan manusia itu dinilai lebih dari binatang lagi.
    Jadi untuk apa memohon kemaafan ke atas kebenaran dan teguran membina,
    Kita dalam menasihat orang berperingkat-peringkat, tapi kalau mereka ingkar juga ,kita bertegaslah..

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s