Tokoh Ibu 2007 Negeri Kelantan (1).mpg

2 thoughts on “Tokoh Ibu 2007 Negeri Kelantan (1).mpg

  1. Anugerah Tokoh Ibu 2007 ini adalah sebahagian daripada tayangan multimedia yang dipersembahkan Ke Bawah DYMM Tengku Anis, Raja Perempuan Kelantan sempena Majlis Sambutan Hari Ibu 2007 peringkat Negeri Kelantan pada 7 Ogos 2007 yang lepas.

    Sepatutnya tayangan ini ditayangkan selama 13 minit tetapi memandangkan multiply menghadkan kepada 10 minit jadi terpaksalah aku edit supaya di buat 2 kali =)… InsyaAllah esok lah kot, aku siapkan….

    Untuk tahun ini ada 5 katogeri anugerah yang dicalonkan :
    1. Anugerah Khadijah al-Khuwailid ( Tokoh Ibu Bekerja )
    2. Anugerah Maryam Ummu Isa (Tokoh Ibu Armalah )
    3. Anugerah Asma’ Abu Bakar ( Tokoh Ibu OKU )
    4. Anugerah Fatimah a-Zahra’ ( Tokoh Ibu Kategori Khas )
    5. Anugerah A’ishah al-Humaira’ ( Tokoh Ibu Surirumah )

    Nak tahu siapakah mereka… tengoklah semua tayangan ini sampai habis k…

    Sepanjang proses penyiapan pengambaran tokoh2 ini, kami ditugaskan sebagai wartawan manakala krew pengambaran terdiri daripada Kelantan TV (www.kelantan.tv). Alhamdulillah, aku sempat meluangkan masa menjadi wartawan untuk Tokoh Ibu Bekerja bersama Mutiara Hati (hus3108.multiply.com) walaupun masa tu… sibuk giler ngan Majlis Graduasi PPWK yang berlangsung pada 2 Ogos 2007. Dua program grand yang berlangsung dalam masa yang sangat2 dekat, betul2 membuatkan kami semua jadi superwoman… hehehe nasib baik tak leh terbang.

    Dapatlah kami kutip pelbagai pengalaman berharga daripada tokoh ini, terutamanya tentang doa2 yang diamalkan oleh beliau dalam mengasuh, mendidik anak supaya menjadi anak2 yang soleh/solehah serta berjaya dunia & akhirat. Harapnya aku juga boleh menjadi seperti beliau… amin

    Doakan aku wahai sahabat2….

    (qoute dari video sebelum ini)

    Like

  2. Video ini telah ambo edit balik memandangkan yang sebelum ini tidak dapat memaparkan kesemua Tokoh Ibu…dan ambo akan cuba mengupload secepat mungkin bahagian ke2

    Jika ada sahabat2 yang berminat nak keseluruhan video ni, boleh bagitahu ambo. Bagi bahagian pertama ini, dipaparkan Tokoh Ibu Bekerja, Tokoh Ibu Armalah dan Tokoh Ibu OKU

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s