7 thoughts on “Majlis Ifthor bersama NGO2 seluruh Negeri Kelantan

  1. Hari ni, kami sepejabat bergegas ke Hotel Raudhah yang terletak di tengah2 bandar Kota Bharu sebaik sahaja habis waktu pejabat… mengurusi program yang julung2 kalinya diadakan bersama NGO2 seluruh negeri…. Alhamdulillah, nasib baik tak hujan petang ni… kalu tak haru gak nak meredah hujan ngan motor…

    Semuanya berjalan dengan lancar, majlis bermula kira jam 4.30 petang dengan pendaftaran peserta kemudian dimulakan dengan ucapan aluan dari bos kami, pastu ucapan perasmian oleh YB Fattah dan seterusnya tazkirah Ramadhan dari Ust Fadhli Shaari. Aku dan yang lain tak sempat nak mendengar ceramah kerana bertugas di luar dewan, mujur juga ada rakaman…lepas ni boleh la dengar balik isi ceramah ustaz nanti…

    Seramai 240 orang peserta mewakili 44 NGO yang hadir, sampai dewan penuh sendat ngan peserta. Apapun terima kasih kepada mereka yang hadir.

    Tak sangka plak jumpa dengan Ustazah yang mengajar masa kat sekolah dulu dalam program ni… dulu aku terus kecut perut kalu terpandang sahaja muka ustazah tapi hari ni boleh bergelak ketawa bersama… hehehe

    Majlis berakhir dengan berbuka puasa….
    Gambar masa berbuka puasa tak sempat nak ambik, sebab kitaorang terus ke surau untuk solat Maghrib selepas berbuka… so, habis kitaorang solat, semua peserta dah habis makan….

    Like

  2. boleh join sekali x program nti?program raya ke…:-)
    kim salam aidilfitri kat che na….ckp kat dia…sabarlah menunggu kepulangan adinda tercinta ini….pasti dia kangen bangat sama gw

    Like

Leave a comment