apa yang seterusnya yea?

Assalamualaikum wrt wbt

Kali ini aku mengambil masa yang agak panjang juga untuk menulis… aku tahu aku bukannya seorang penulis yang baik, namun sedaya upaya memberikan manfaat kepada pembaca yang sudi membaca.

1.
Alhamdulillah, program-program yang grand dan besar iaitu Majlis Graduasi PPWK & Hari Ibu telah berlalu dengan jayanya… penat sungguh… kami diberi cuti selama 4 hari (Rabu – Sabtu) tapi macam biasalah, dari 4 hari jadi 2 hari plak sebabnya hari Rabu tu, kami ikut rombongan Datin Mb g ziarah Tokoh Ibu Khas dan hari Sabtu plak ada Seminar Pengurusan Bola Sepak (walaupun tak join masuk, kami kena jaga kaunter pendaftaran)…

Selepas ini banyak lagi tugas yang menanti bila masuk minggu baru ni… sepanjang hari ni pun kami dah meeting untuk 4 lagi program, 1 lagi kena KIV

2.
Ada suprise yang berlaku sepanjang minggu ni… hari ni kami semua baru tahu selepas YB Abdul Fattah mengumumkan melalui mesyuarat… Aku tak sangka, tapi sebenarnya aku dah jangka… Aku dinaikkan pangkat.

Sungguh…Aku bersyukur kerana dengan rezeki ini sedikit sebanyak meredakan gelora perasaan aku sendiri. Dengan menolak tawaran kerja bersama agensi Kerajaan Pusat yang mana tarikh lapor dirinya sehari sebelum program Majlis Graduasi…. aku rasa lepas ni black list la nama aku di Kerajaan Pusat. Dengan kenaikan pangkat ini, sekurang2nya aku boleh merasa lapang dada untuk balik ke rumah hari ni… tiada lagi rungutan @ ceramah panjang mahupun ringkas lagi… ekoran penolakan tawaran tu…

Ya… kekadang kita sendiri merasa ragu tentang perjalanan ini, dan banyak membuat keputusan yang kita rasa baik… dan dalam masa yang sama kita lupa untuk mengadu @ bertanya kepada Sang Pencipta…

Ya Allah… terima kasih

3.
Setelah hampir 4 tahun aku mengKIV perasaan untuk sambung belajar, akhir aku tekad bersama Putri Solehah untuk mengikuti kursus PLK di Kampus Kota Bharu, UiTM…

Ya Allah, permudahkanlah urusan ini, aku merasa sungguh berat namun aku yakin bahawa Engkau tidak akan mensia-siakan usahaku ini… ameen

4.
Team Wanita di pejabat kami kembali ber5, kali ini Mutiara Hati telah digandingkan bersama kami…

Ahlan Wasahlan ya Sahabat… ke Unit paling glamer di UPWBS =)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s