aku, sukarelawan & Nisa’ Games 2007

Adyn, tlg summarize Nisa’ Games untuk akak…!

uishh… berat tanggungjawab ni, disebabkan masa yang ada aku disibukkan dgn majlis pghargaan untuk petugas Nisa’ Games, so aku berjanji akan cerita secara bertulis dlm blog aku…
erm… hari ni, aku bersyukur krn ada masa sedikit sambil mendengar Sidang DUN yang panas gak skali skali perbahasan tentang pelaburan Kerajaan Kelantan terutama dalam Takaful Kifalah untuk warga Emas.

Nisa’ Games telah berlalu dengan jayanya… sampai ke hari ni pelbagai liputan dan artikel yang berkaitan yang boleh dibaca. Rujuk 3N.

Untuk penganjuran Nisa’ Games ni melibatkan AJK dr Nisa’ Malaysia & juga Nisa’ Kelantan. Terharu sungguh bila mengingatkan kembali pengorbanan AJk Nisa’ Malaysia yang saban hujung minggu berkampung di Kelantan bagi menjayakan Nisa’ Games. Tq to kak Mas and team.

Pelbagai macam ragam dan masalah yang tempuhi… 3 minggu terakhir adalah minggu paling stress… di kala sahabat2 lain yang sibuk menfokuskan kerja kepada Nisa’ Games, aku masih lagi duk sibuk turun survey bakal tempat projek PPWK…

Akhirnya Che Na, izinkan aku freez semua kerja2 unit seminggu sebelum Nisa’ Games… alhamdulillah aku dapat menumpukan sepenuhnya tapi dengan keadaan yang agak kelam kabut….

Di sini, aku diamanahkan untuk mencari 200 orang sukarelawan untuk semua unit yang terlibat dengan Nisa’ Games.

Mencari 200 orang sukarelawan… kekadang membuatkan aku sungguh tensen dan hampir hilang sabar (ada yang tarik diri pada saat2 akhir), tetapi mengingatkan inilah mad’u aku yang paling senang & paling hampir, aku sabarkan juga diri ini untuk melayani kerenah mereka ini…

Setengah orang menyangkakan tugas aku berakhir apabila sukarelawan diserahkan Ketua Unit masing2 tapi sebenarnya banyak kerja lagi… banyak masa aku habiskan dengan membantu unit2 lain, just on call kalo ada rayuan & bantahan dalam Unit permainan, tapi yang ni, Pengurus Permainan dapat settlekan…syabas to Kak Juwai, Ibah, As, dr Zura, Sam & Kak Nor Rohani.

Dalam banyak2 kontigen, Negeri Sembilan dan Melaka yang paling kasihan, mereka tiba lambat dan banyak game yang mereka miss tapi nak buat macamana… rayuan dan bantahan memang tak diterima… sebab syarat2 penyertaan telah dipersetujui. Tak pelah Kak barian & Jamilah, lain kali dapat awal ek…

Malamnya aku bertugas sebagai pengiring di atas stage utama… duk dekat Ruqayya hehehe… selepas selesai sudah majlis perasmian, barulah aku dapat makan… best sungguh roti jala & kuzi

untuk first day ni, aku tak sentuh nasi langsung, just minum air (aku rasa dah hampir satu kotak air mineral aku togok hari ni, tak sempat nak makan, kejap2 ada orang call minta itu & ini)… tapi aku kalo ada sukarelawan yang tak makan, aku siap mengepek suruh makan, bukan apa, aku takut meka ni pengsan masa tgh2 buat kerja… siapa yang susah, aku gak….

aku tak larat nak tulis lagi… nati aku sambung lagi InsyaAllah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s